6 benda paling jijik yang pernah dijumpai di dalam telingan manusia | Boros Di Aralom

Sabtu, 18 Januari 2014

6 benda paling jijik yang pernah dijumpai di dalam telingan manusia

Jika ada sesuatu benda tak kira benda hidup atau benda mati yang masuk ke dalam telinga seseorang, ianya pasti akan menjadi satu mimpi ngeri yang sukar dilupakan. Berikut adalah 6 jenis benda menjijikkan yang pernah dijumpai di dalam telinga manusia.

>> Sebelum tu, sila tengok dulu siri Toyota Corolla yang awesome ini..gerenti tak sakit telinga..

1. Bateri jam tangan. Ada kes di mana seorang budak lelaki telah memasukkan bateri jam tangan ke dalam telinganya dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Mulanya budak ini mengatakan bahawa dia mencucuk lubang telinganya dengan menggunakan sebatang pensel. Namun selepas disiasat, rupanya benda yang dimasukkan ialah sebiji bateri jam. (sumber)



2. Ulat. Sebanyak 57 ekor ulat dijumpai di dalam telinga seorang wanita warga emas yang berusia 92 tahun semasa dia berada di sebuah pusat penjagaan. Pakar medic percaya bahawa seekor serangga telah merayap ke telinga wanita tersebut dan kemudiannya bertelur. Telur-telur pun menetas selepas dua tiga hari berada di dalam telinga wanita itu. Ekoran dari kejadiaan ini, suami kepada wanita tersebut telah menyaman pusat penjagaan itu kerana gagal menjaga hal ehwal kebersihan dan keselamatan isterinya. Menurut sumber, lelaki itu terpaksa membayar sehingga $10,000 atau sekitar RM30,000 sebulan untuk mendapatkan perkhidmatan pusat jagaan tersebut. (sumber)

3. Gigi. Kes ini pun berlaku kepada seorang kanak-kanak yang dikatakan mahu menyorokkan giginya ke tempat yang 'paling selamat'. (sumber)

4. Kasut Barbie. Sepasang ibu bapa mulai risau apabila anak mereka disyaki menghidap tumor. Tapi rupa-rupanya, ia hanyalah kasut barbie yang gagal dikeluarkan sejak sekian lama sehingga kasut barbie itu diselaputi daging. (sumber)

5. Labah-labah hidup. Seorang wanita di China mengadu terdapat kegatalan yang menyebabkan kesakitan di telinga kirinya sejak lima hari sebelumnya. Setelah diperiksa, rupanya terdapat seekor labah-labah hidup yang telah memasuki telinganya. (sumber)

6. Lipas. Seorang lelaki bernama Hendrik Helmer terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat selepas seekor lipas memasuki telinganya ketika dia tidur. Mulanya, Helmer menggunakan vakum untuk menyedut lipas itu tapi tidak berjaya. Akhirnya di pergi mendapatkan rawatan doktor. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat lipas bersaiz satu inci panjang yang dikeluarkan dari telinga Helmer. Fuh! memang ngeri. (sumber)

Tiada ulasan: