Nampak tak pembalut luka tu?? (Kredit foto: SinarHarian) |
Eew! Memang menjijikkan. Inilah yang berlaku apabila soal kebersihan tidak diutamakan oleh pembekal nasi lemak tersebut. Kejadian seumpama ini bukannya baru pertama kali berlaku. Dulu, ada juga kes syarikat penerbangan yang menyediakan makanan yang sudah basi. Baru-baru ini, kes nasi lemak berlaukkan pembalut luka pula berlaku.
SEREMBAN - Seorang wanita terkejut bukan kepalang apabila menjumpai cebisan pembalut penutup luka dalam nasi lemak yang dihidangkan kepadanya oleh sebuah syarikat penerbangan tempatan, baru-baru ini. Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Tay, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada 6 Januari lalu sekitar jam 10 pagi, ketika sedang mengikuti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan atas urusan kerja.
“Semasa dihidangkan, saya tidak nampak sebarang keganjilan pada nasi lemak tersebut. Bagaimanapun, selepas menghabiskan hampir 80 peratus nasi lemak berkenaan, barulah saya perasan ada sesuatu yang tidak kena.
“Pada awalnya, saya sangkakan objek ditemui hanyalah cebisan sotong dalam sambal nasi lemak. Namun, saya mula berasa loya dan jijik apabila mendapati benda asing itu merupakan pembalut luka terpakai,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Katanya, tidak berpuas hati dengan kejadian itu, dia segera memanggil ketua krew kabin bertugas untuk melihat sendiri objek dijumpai dalam makanan yang mereka sediakan.
“Malangnya, respons diterima agak mengecewakan. Dia kelihatan acuh tidak acuh apabila diberitahu penemuan plaster luka berkenaan dan sekadar meminta saya mengemukakan aduan bertulis untuk tindakan susulan.
“Sehingga kini, saya masih menunggu jawapan daripada mereka (syarikat penerbangan) yang terus berdiam diri dalam hal ini,” katanya.
Menurutnya, kesal dengan syarikat penerbangan tersebut yang seolah-olah bersikap lepas tangan terhadap masalah dihadapi menyebabkan dia membuat aduan kepada media.
“Bukan wang ringgit atau pampasan yang saya mahukan, cukuplah sekadar permohonan maaf daripada mereka. Saya harap, tindakan sewajarnya juga dapat diambil agar kejadian sama tidak berulang.
“Mujurlah saya tidak mengalami masalah kesihatan serius kecuali sedikit alahan pada kulit selepas makan hidangan itu. Sedikit sebanyak, saya berasa trauma dan serik untuk untuk menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan terbabit,” katanya.
Sementara itu, Adun Rahang, Mary Josephine yang ditemui di pejabatnya, dekat sini berkata, pihaknya bersedia membantu pengadu dalam segala aspek.
“Kecuaian dilakukan tidak boleh diterima. Nama baik negara pasti akan tercemar jika pelancong asing yang berdepan situasi sebegini.
“Kita minta pihak berkaitan beri perhatian serius dalam perkara ini dan kita berikan tempoh seminggu untuk beri maklum balas,” katanya. - SH
Pasti ramai yang tertanya-tanya mana satukan syarikat penerbangan tempatan yang terlibat. Di Malaysia hanya dua syarikat penerbangan sahaja iaitu Malaysia Airlines dan AirAsia. Dalam kes ini kita tak boleh salahkan syarikat penerbangan itu seratus peratus kerana tak kira MAS atau AirAsia, kebanyakkan makanan yang dihidangkan adalah ditempah dari syarikat penyedia makanan tertentu. Tak kan lah krew kabin tu perlu periksa makanan tu satu persatu. Lagipun makanan mereka adalah berbungkus, kalau dibuka, pastinya akan memberi kesan kepada expire date makanan tu. Tapi bila perkara macam ni berlaku, syarikat tersebut haruslah bertindak secara proaktif dan bukannya buat acuh tak acuh saja. Penumpang tu sekadar nak kan permohonan maaf. Kalau ketua krew tu bagi customer service yang tip top, mungkin kes ini tak kan berpanjangan sampai masuk newspaper. Nasib baik lah penumpang tu tak bagi tau nama syarikat mana.
Bagi yang berniaga berasaskan makanan, utamakan lah kebersihan dari pelbagai aspek. Bukan saja kebersihan makanan, malah kebersihan diri pekerja dan kebersihan tempat menyediakan makanan juga.
>> Tahukah anda bahawa makan kangkung juga boleh jimatkan wang. Selain itu terdapat juga 11 tips penjimatan yang lain..lihat di sini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan