Harga minyak RON97 naik 5 sen lagi hari ini | Boros Di Aralom

Rabu, 8 Januari 2014

Harga minyak RON97 naik 5 sen lagi hari ini

Harga Ron97 naik lagi (Kredit: mD)

Tanpa kabar, tanpa angin..tup tup..pagi ini harga minyak petrol naik lagi. Informasi ini saya terbaca kat Malaysian Digest yang melaporkan bahawa minyak RON97 naik harga sebanyak 5 sen hari ini. Dengan kenaikkan ini, harga RON97 kini mencecah RM2.80 per liter.

Namun menurut laporan tersebut, harga RON95 dan diesel masih lagi belum berubah dan kekal dengan harga masing-masing RM2.10 untuk RON95 dan RM2.10 untuk diesel.

Apa nak hairan, memang semua ini sudah dijangkakan akan berlaku. Bukan setakat minyak kereta saja, hampir semua benda naik harga sampai rakyat pun naik angin. Dulu buat perhimpunan TURUN seakan-akan tidak diendahkan. Nah, ini lah hadiah baru untuk tahun baru sempena Tahun Paling Membebanan Rakyat 2014..

>> Peluang pekerjaan di Malaysia Airlines. Mohon sini
Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan

Tiada ulasan: