PTPTN tidak dimansuhkan! Penyebar maklumat palsu di Facebook bakal diambil tindakan | Boros Di Aralom

Rabu, 8 Januari 2014

PTPTN tidak dimansuhkan! Penyebar maklumat palsu di Facebook bakal diambil tindakan

Beberapa hari lalu memang agak heboh pasal berita pemansuhan PTPTN yang menjadi viral di Facebook. Seandainya berita tersebut benar, memang akan memberi kelegaan kepada ratusan ribu peminjam PTPTN. Namun ianya adalah satu lagi berita palsu yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Surat palsu pemansuhan ptptn
Berita palsu ini dipercayai disebarkan oleh seorang pengguna Facebook yang menggelar dirinya 'RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara' dengan memaparkan satu surat yang menyatakan kononnya PTPTN telah memansuhkan pembayaran balik pinjaman kepada yang mempunyai hutang PTPTN tertangguh sehingga tahun 2013.

Berikutan tindakan kurang bertanggungjawab ini, pihak PTPTN telah membuat laporan kepada SKMM terhadap pemilik akaun tersebut. Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah dalam kenyataanya di Bernama menjelaskan;
"PTPTN tidak pernah membuat keputusan sedemikian kerana setiap dasar kerajaan berkaitan PTPTN akan diputuskan Kabinet. Kita meminta mereka yang terlibat menghubungi pihak kami di pejabat PTPTN negeri supaya mereka boleh membuat penangguhan pembayaran balik pinjaman atau kita boleh menstrukturkan semula pembayaran balik pinjaman mereka,"

Jadi kepada sesiapa yang masih mempunyai hutang dengan PTPTN, carilah alternatif untuk membayar balik. Walaupun sekarang ini kos sara hidup makin tinggi, tapi harus diingat bahawa hutang tetap hutang dan sudah menjadi tanggungjawab kepada si peminjam untuk membayar balik wang yang sudah dipinjam...

Sebelum PRU Mei lalu, ada yang menawarkan supaya pinjaman PTPTN akan dimansuhkan sekiraya mereka memerintah negara..tapi apa kan daya, ramai yang pangkah 'X' memilih untuk bayar balik PTPTN tu.. faham-faham je lah yer..

>> Mohon jawatan kosong terbaru di Malaysia Airlines di sini
>> Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan

Tiada ulasan: