Afrika merupakan satu benua yang paling kaya dengan tradisi suku kaum dan paling ramai etnik. Maka dengan itu, tak hairanlah kenapa terdapat banyak jenis tradisi atau amalan yang bagi kita, agak pelik. Kali ini saya nak bercerita mengenai etnik Himba yang kebanyakkannya menetap di sepanjang sungai Kunena, Namibia. Bukan sahaja terkenal dari segi pemakaian malah mereka terkenal dengan satu tradisi unik iaitu lagu. Identiti mereka dikenali melalui lagu.
Tahukah anda, masyarakat Himba punyai cara tersendiri untuk menetapkan berapa umur anak mereka. Umur anak bukan dihitung dari hari lahirnya tapi umur dihitung sejak bayi itu belum lahir lagi.
Apabila sahaja si bakal ibu terfikir untuk melahirkan bayi, dari hari itulah umur anak itu dikira. Dan selepas si bakal ibu itu memikirkan untuk melahirkan anak, dia akan mencari tempat teduh di bawah pokok dan akan mula bertafakur sendirian.
Dia akan menunggu sampai dia terdengar sebuah lagu yang dipercayai dinyanyikan oleh bakal bayinya itu.
Selepas dia mendengarkan lagu tersebut, dia akan kembali ke kampungnya dan mencari lelaki yang bakal menjadi ayah kepada bayinya kelak. Si bakal ibu ini turut mengajar si bakal bapa akan lagu yang didengarinya itu. Selepas itu barulah mereka bersetubuh.
Ketika mengandungkan bayi tersebut, si bakal ibu akan menyanyikan lagu bayinya kepada semua penduduk kampung agar penduduk kampung mengenali anak itu kelak.
Apabila anak itu lahir sehinggalah dia dewasa, penduduk kampung akan mengajar lagu anak itu kepadanya. Sekiranya anak itu terjatuh atau tercedera, orang di sekeliling yang melihat kejadian itu harus menyanyikan lagu anak itu sambil membantu merawatnya.
Hampir kesemua peristiwa penting yang berlaku dalam diri seseorang masyarakat Himba itu akan disambut dengan lagu seperti ketika mencapai akil baligh dan ketika orang itu melakukan sesuatu yang hebat. Malah juga ketika orang itu mati, penduduk kampung akan menyanyikan lagunya.
Sebaliknya, ketika seseorang itu membuat kesalahan atau jenayah, orang itu akan dipanggil menghadap kesemua penduduk yang berhimpun dan orang itu perlu menyanyikan lagunya kepada semua penduduk.
Begitulah tradisi kehidupan masyarakat Himba di Namibia, Afrika. Tradisi dan identiti mereka dikenali melalui lagu. Kalau dibuat perbandingan, IC kaum Himba adalah lagu mereka. Jadi kalau ada 1000 penduduk, maka 1000 lah jenis lagu.
(Sumber asal: thefreethoughtproject.com)
>> Inginkan kulit yang cantik secantik wanita Himba? Cuba try test Estee Lauder..hehe..terjah laman web mereka sekarang selagi promo 'free sample' belum habis.
Tengoklah betapa originalnya kecantikan wanita etnik Himba ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan