Demo sana sini tapi Najib pertahankan 'kangkung' dan berkata itu adalah sayur kegemarannya pula | Boros Di Aralom

Selasa, 21 Januari 2014

Demo sana sini tapi Najib pertahankan 'kangkung' dan berkata itu adalah sayur kegemarannya pula

Tak habis-habis isu Kangkung ini..selepas dihujani dengan troll kangkung yang meluas di  media sosial, akhirnya Najib bersuara mempertahankan ucapannya mengenai kangkung .
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menyelar kritikan yang mengejeknya berhubung kenyataan “kangkung” dengan menegaskan bahawa ia adalah makanan kegemarannya. Najib berkata, beliau menggunakan kangkung sebagai cara menggambarkan konsep penawaran dan permintaan. 
"Saya suka kangkung dengan sotong. Saya bagi contoh supply and demand. Sawi ke, ikan kembung ke. Kita perlu lihat rasionalnya," katanya. 
Dalam ucapannya di perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan hari ini, beliau berkata, program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan Putrajaya adalah perlu bagi memungkinkan Malaysia mencapai status negara maju melalui pengurangan beban ditanggung kerajaan untuk perbelanjaan subsidi. Perdana menteri berkata, tanpa sebarang penstrukturan semula ekonomi, Malaysia mungkin akan terperangkap dalam lingkungan ekonomi mendatar atau dikenali sebagai perangkap ekonomi kelas pertengahan.- Baca selanjutnya di Yahoo News
>> Macam mana kangkung boleh jimatkan wang?? Tengok tips ini

Inilah yang dinamakan 'self defence mechanism'..tak nak mengaku kesalahan diri tapi cari alasan lain. Sebab tu sejak akhir-akhir ini, banyak kenyataan 'bodoh' dan merapu terutama dari orang kuat politik.

Ekoran dari isu ini, fenomena kangkung ini juga nampaknya semakin diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu sampai buat demo menentang satu sama lain. Tengoklah apa yang berlaku kat Penang tu.

Mula-mula, si Adun Machang Bubok ketuai protes kenaikan barang dan menggunakan replika Najib sambil memasukkan kangkung ke dalam mulut yang ternganga tu.

Kemudian, ada pulak yang tidak puas hati. Penyokong tegar Najib pula buat demo supaya pihak berkuasa ambik tindakan terhadap Adun Machang Bubok, Lee Khai Loon tu.



Then, bila dua-dua tak nak berdamai..apa lagi, gaduh jer lah..tumbuk sana tumbuk sini..terajang sana terajang sini..kejadian ini berlaku di depan pejabat adun Machang Bubok..

(Sumber: TKO)
Kumpulan demo bergaduh. (Kredit sumber: TKO)

Semuanya...gara-gara kangkung!



Tiada ulasan: