Lelaki Brazil ini mengaku dirinya adalah Jesus | Boros Di Aralom

Isnin, 27 Januari 2014

Lelaki Brazil ini mengaku dirinya adalah Jesus

Inri Christo atau nama sebenarnya, Alvaro Theiss merupakan seorang lelaki berumur 66 yang berasal dari Brasilia, Brazil, dan dia mengaku dirinya adalah Jesus..biar betul??

Dia menghabiskan lebih 35 tahun dalam hidupnya dengan mempercayai bahawa dia adalah Jesus dan mempunyai beratus pengikut yang kebanyakkannya adalah wanita. Dia pernah sekali menjelajah ke serata dunia untuk menyebarkan fahamannya namun sering ditangkap dan diusir keluar dari negara yang dilawati. Ini kerana pengakuannya itu sering menimbulkan kontroversi.

Di masa lapang, Inri Christo suka meronda di sekitar kediamannya dengan menaiki skooter.

INRI adalah akronim Latin yang bermaksud "Jesus dari Nazareth, Raja orang Yahudi"

Kebanyakkan pengikutnya yang tinggal bersama dia di gereja telah menjadi pengikut setia sejak berdekad-dekad lalu.


Setiap hari Ahad, dia berkhutbah kepada para pengikutnya. Dia mula mengaku sebagai Jesus sejak tahun 1979 lagi.



Malah dia turut cuba membuktikan bahawa dia adalah Jesus dengan meletakkan gambarnya bersebelahan dengan gambar artistik Jesus.

Walaupun banyak yang mengatakan bahawa dia mengalami gangguan mental namun Inri sering menafikannya.


Macam-macam ragam manusia sekarang...teringat pula gua dengan tuhan Harun kat Malaysia baru-baru ni..

(Laporan asal: Daily Mail)

>> Bagaimana cara nak p tengok World Cup di Brazil dengan hanya RM100? Maybank Malaysia ada jawapannya..mesti terjah Maybank sekarang!!

Tiada ulasan: