Jika ini betul, memang agak gempar dan menghairankan jika mendiang Nelson Mandela 'simpan' arnab di lubang telinganya.
Dan ya, memang batul ada arnab di telinga Nelson Mandela tapi bukan pada tubuhnya yang sebenar tapi pada telinga replika dirinya yang baru sahaja disiapkan di Afrika Selatan. Sekarang timbul tanda tanya kenapa berlaku hal demikian?
Sebenarnya ukiran menyerupai arnab itu memang sengaja dibuat oleh pengukir asal epada replika Nelson Mandela iaitu Andre Prinsloo dan Ruhan Janse van Vuuren. Tujuan mereka adalah untuk meletakkan 'trademark' kepada hasil kerja mereka selepas dilarang dari mengukir nama mereka pada replika tersebut.
Walaubagaimanapun, tindakan mereka ini mendapat tentangan dari banyak pihak yang mahu supaya ukiran arnab tersebut dibuang dari telinga replika Nelson Mandela. Manurut laporan Daily Mail, ukiran arnab tersebut seaan-akan mempersenda Mandela yang sudah banyak berjasa bukan sahaja kepada negara malah kepada dunia.
Namun demikian, para pengukir yang juga merupakan warga minoriti berkulit putih di Afrika sudah pun memohon maaf. Mereka dipilih berdasarkan konsep multiracial sepertimana yang diperjuankan oleh Mandela selama ini. Replika Nelson Mandela setinggi 30 kaki ini dibina di hadapan bangunan Pretoria Union yang merupakan pusat pentadbiran Afrika Selatan.
>> Korang tau ta, senibina sekolah baru kat Malaysia ni pun memang awesome tau..tengoklah gambar sekolah baru yang baru dibina kat Desa Mahkota ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan