AMARAN: Artikel ini mempunyai perkataan yang mungkin menyinggung sesetengah pihak. Sila baca mengikut budi bicara masing-masing...
Kesian babi-babi ini...macam kena diskriminasi jer..apa tidaknya, gambar mereka di surat khabar dah mula kena 'censor' atau 'dihitamkan'. Apa salah mereka? soalan cepumas untuk korang.
Rasanya ramai yang dah tahu pasal berita yang memang sedang trending sekarang ini. Gambar babi kena censor di akhbar International New York Times di Malaysia. Kenapa ya?
Akhbar tersebut telah menyiarkan laporan bertajuk “Demand grows for pigs raised outside” serta memaparkan dua foto sekawan babi yang dicensor di bahagian muka masing-masing. Artikel tersebut telah disiarkan pada 22 Januari 2014 oleh Stephanie Storm yang berbicara mengenai industri penternakan babi di negara Amerika.
Penghitaman gambar muka babi tersebut dilakukan oleh pihak editor akhbar NYT bertujuan untuk menghormati para pembaca negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam yang menganggap babi sebagai haram. Agaknya dorang fikir Malaysians ini terlalu sensitif kot...sedangkan gambar babi serta kartun babi bebas disiarkan media massa. Korang tengok Dragonball tak? kan ada watak bernama Oolong tu..tak pun kena censor..baru tadi aku tengok kat Astro Ceria.
Sementara itu, pihak kementerian Dalam Negara pula menegaskan yang mereka tak der kena mengena dengan penghitaman muka gambar babi kat New York Times. Timbalan Menteri pun cakap bahwa tiada sebab untuk censorkan muka babi dalam akhbar. Masa penyakit H1N1 dulu pun, bersepah gambar babi kat Media Massa tanpa sebarang sekatan.
Dalam pada itu, pihak KHL Printing Co iaitu company yang bertanggungjawab dalam pencetakan akhbar tersebut menyatakan bahawa mereka dah biasa censor gambar-gambar sensitif seperti gambar tak senonoh, gambar berasaskan rokok, senjata api, dan sebagainya...dan terbaru adalah gambar babi..wtf!!
Jadi apa yang menyebabkan isu ini jadi bualan? Memang niat akhbar ini baik iaitu untuk menghormati pembaca beragama Islam di Malaysia, cuma agaknya mereka terlalu menganggap kita ni sensitif kot. Padahal kita ni open minded. So, bila gambar babi kena censor, maka ramailah yang cakap itu adalah tindakan bodoh dan tak masuk akal. Sampai akhbar utama antarabangsa seperti Huffington Post, Al-Jazeera dan International Business Times UK pun mengklasifikasikan censorship sedemikian sebagai sesuatu yang menghairankan.
Bayangkanlah kalau gambar lembu yang kena censor lepas ni...lagilah hairan bin ajaib. Anyway, this only happen in Malaysia! Soo colorful lah negara kita ni kan..macam-macam boleh jadi..bayangkan juga kalau gambar babi tu tak kena sensor..front page lagi tau..mungkin ada juga pihak yang akan timbulkan isu..especially NGO yang over sangat tu..senario itu pun bikin NYT dalam dilema juga agaknya..so, kesimpulannya, tak perlu lah besar-besarkan isu kecil macam kangkung ni..
>> Fuyoo, amoi ni dah menang duit #OngMali dari Tesco..ada lagi sekitar RM188,000 untuk dimenangi. Jom terjah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan