Bagi anda yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah terutamanya kucing dan anjing, kini anda tidak perlu risau lagi akan keadaan mereka apabila ditinggalkan sendirian di rumah. Seperti Skype dan Video Messenger, kini sudah ada videophone pertama yang dicipta khas untuk pemilik dan haiwan peliharaan berchating.
Sebuah firma di Amerika, PetChantz, mengakui bahawa mereka telah berjaya mencipta videophone pertama untuk anjing dan kucing.
Dengan alat ini, pemilik boleh berinteraksi dengan haiwan kesayangan mereka ketika berada di tempat kerja atau ketika keluar rumah.
Anda boleh berinteraksi dengan haiwan peliharaan menerusi smartphone, komputer dan tablet. And of course, kena ada talian internet kalau nak alat ini berfungsi.
Alat ini akan mengeluarkan bunyi untuk memanggil haiwan peliharaan apabila saja anda menghubungi haiwan peliharaan anda itu. Alat ini sudah mula dijual di USA dengan harga $349 atau sekitar RM1080..
Jadi anda tak perlu risau lah pasal kucing anda kat rumah tu..in case, kalau kucing korang tu kesunyian ker, korang boleh berchating dengan kucing comel korang tu...so, jangan hairan kalau lepas ni korang akan sering terlihat ofismate korang tu bercakap "miawww...miawww..miaww" kat depan laptop atau dengan smartphone mereka..
Sumber: Mirror UK
Sekarang ni tengah heboh pasal KakaoTalk juga..ianya adalah satu lagi aplikasi smartphone yang boleh menghubungkan anda kepada banyak rakan dalam sekali panggilan..pendek kata, anda boleh berbual dengan banyak rakan dalam satu panggilan..macam best jer kan..tengoklah video iklan lucu KakaoTalk ini kalau nak faham bagaimana ia berfungsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan