Marinatasha (Kredit foto: Faisol Mustafa, Malaysian Digest) |
Panas!! walaupun hari asyik hujan..tapi panas yang gua maksudkan bukannya pasal cuaca tapi pasal isu penyanyi sambilan bertudung yang dipaksa turun dari pentas dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Sime Darby, 18 Januari lalu. Seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Digest, penyanyi sambilan bernama Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang juga bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan, merasa begitu malu dengan insiden yang berlaku di depan sekitar 100 tetamu tersebut sehingga merujuk perkara itu kepada pihak Karyawan. Katanya,
"Saya dijemput oleh syarikat tersebut untuk membuat persembahan sepanjang majlis itu berlangsung bersama kumpulan Rufus.
"Ketika itu saya sudah pun berada di atas pentas. Belum sempat membuat persembahan saya diarahkan oleh pengarah kewangan syarikat itu untuk turun dari pentas atas alasan saya berhijab. Saya terpaksa akur dengan arahan tersebut. Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia tambahan pula insiden ini berlaku dihadapan lebih kurang seratus tetamu," katanya pada sidang media anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bertempat di Damansara, petang semalam. Tambah penyanyi yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan ini, semasa sesi latihan beberapa hari sebelum majlis berlangsung, dia tidak di maklumkan bahawa penyanyi berhijab tidak dibenarkan untuk membuat persembahan.
"Pada 16 Januari, saya ada membuat latihan bersama pemuzik yang terlibat. Ketika itu wakil syarikat terbabit turut hadir sama tapi mereka tidak membangkitkan imej hijab saya.
"Hanya semasa hari majlis itu, pegawai kewangan syarikat tersebut timbulkan isu ini atas alasan imej saya tidak bersesuaian dengan majlis sedangkan ramai tetamu yang hadir turut berhijab," tuturnya dengan nada sebak. Tambahnya, selepas diarahkan turun dari pentas, pegawai kewangan terbabit telah meminta seorang penyanyi membuat persembahan dan dia hanya dibenarkan berada di pentas sebagai penyanyi latar sahaja.
"Saya amat berterima kasih kepada Farina (Akademi Fantasia 8) yang turut membuat persembahan pada malam itu kerana menjemput saya ke pentas untuk membuat persembahan dengan dua buah lagu.
"Namun selepas turun dari pentas saya dipanggil dan dimarahi oleh pegawai kewangan tersebut kerana membuat persembahan," jelasnya. Katanya, perkara itu tidak seharunya berlaku kerana tetamu yang hadir terhibur dengan persembahannya.
"Saya lihat tetamu malam itu tidak ada masalah dengan penampilan saya. Tapi kurang jelas kenapa perkara ini boleh berlaku kerana yang menyanyi mulut saya, bukannya tudung saya."Perkara yang berlaku ini amat saya kesali dan tidak sepatutnya berlaku. Saya ketengahkan perkara ini supaya insiden yang sama tidak akan berulang kepada wanita berhijab.
Untuk menjawab persoalan ini, pihak dari syarikat yang terbabit tampil memberi penjalasan. Pengarah Urusan Castmet Tan Keh Wah memberi kenyataan berikut seperti yang dilaporkan oleh Bernama,
"Saya menegaskan syarikat kami bukanlah rasis seperti didakwa, sebaliknya kejadian malam itu bukanlah kerana penyanyi itu bertudung tetapi dia bukan penyanyi yang dipersetujui oleh pengurusan majlis," katanya ketika dihubungi Bernama. Tan menjelaskan perjanjian antara syarikatnya dengan sebuah syarikat pengurusan yang telah melantik kumpulan nyanyian malam itu tidak melibatkan penyanyi wanita bertudung kerana majlis malam itu ada menghidangkan minuman keras.
Antara isi kandungan perjanjian itu juga, penyanyi kumpulan berkenaan dikehendaki berinteraksi serta menari bersama tetamu yang kebanyakannya lelaki bukan Islam, dan bagi menjaga maruah serta sensitiviti orang Islam syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung," kata Tan.
Nak cari makan dalam dunia hiburan bukanlah semudah yang disangka. Harap isu ini tidak diperbesarkan dan kedua pihak yang terlibat dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik.
>> Mari dengar apa kata Shaheizy Sam pasal wang RM100,000 dari Petronas ini pula
Tiada ulasan:
Catat Ulasan