(Gambar) Pembunuhan kejam dolphin secara besar-besaran di Jepun | Boros Di Aralom

Sabtu, 25 Januari 2014

(Gambar) Pembunuhan kejam dolphin secara besar-besaran di Jepun

Tak kira lah sama ada korang ni pencinta haiwan atau bukan, bila saja korang baca berita ini, pastinya akan mengguris hati dan perasaan. Dolphin atau ikan lumba-lumba memang terkenal sebagai antara haiwan paling bijak dan mudah dijinakkan serta wajar dipelihara. Walaupun menjadi antara haiwan dilindungi, ceritanya adalah berbeza di Jepun. Setiap tahun, mereka ada acara khas paling kontroversi iaitu pembunuhan atau penyembelihan ikan dolphin secara besar-besaran. 


Setiap tahun, para nelayan di Taiji akan mengumpan dolphin ini ke dalam sebuah sangkar. Mereka kemudian akan menjual sebahagian, menyembelih sebahagian manakala yang lainnya akan dilepaskan semula ke lautan.

Menurut aktivis, terdapat sekitar 42 dari 250 ekor dolphin yang disembelih untuk tujuan dijadikan sajian makanan.

Mengikut tradisi masyarakat Taiji dan orang Jepun amnya, daging dolphin merupakan sajian tempatan yang lazat dan dijual secara meluas di Jepun serta menjadi salah satu penyumbang kepada ekonomi mereka.

Sebelum penyembelihan dilakukan, para nelayan ini terlebih dahulu memerangkap para ikan dolphin ini ke dalam sangkar dan dibiarkan kelaparan selama beberapa hari. 

Ketika tiba waktu penyembelihan, mereka akan membunuh ikan-ikan malang tersebut dengan mencucuk bahagian saraf tunjang dan dibiarkan sehingga mati yang mengambil masa sekitar 30 minit. Ketika proses ini berlaku, lautan menjadi kemerahan ekoran dari limpahan darah ikan-ikan dolphin ini.

Sehingga kini, terdapat sekitar 18,000 ekor dolphin yang telah menjadi mangsa kepada aktiviti tahunan para nelayan Taiji ini sejak tahun 2000. Walaupun banyak ikan dolphin yang dilepaskan semula ke lautan namun kebanyakkannya akan mati kerana dipercayai mengalami trauma. 


Walaupun mendapat tentangan dari pelabagi pihak secara global, namun Jepun bertegas untuk meneruskan acara tahunan tersebut kerana menganggap ia sebagai aktiviti tradisional masyarakat tempatan yang telah diamalkan sejak turun temurun. Mereka menolak untuk menandatangani sebarang perjanjian yang ditawarkan pihak luar untuk menghentikan aktiviti ini.

Jepun percaya bahawa sebagai penyumbang utama kepada makanan berasaskan laut, dunia akan kekurangan sumber sekiranya Jepun menghentikan aktiviti seumpama ini.

(Laporan asal: Says.com)

>> Dolphin adalah haiwan yang menyeronokkan...lagi satu rahsia kebahagiaan, anda akan tahu bila tengok video dari Petronas ini..

Tiada ulasan: