Baju dalam high-tech yang hanya boleh dibuka apabila si wanita itu teransang | Boros Di Aralom

Selasa, 28 Januari 2014

Baju dalam high-tech yang hanya boleh dibuka apabila si wanita itu teransang

Dulu ada smartphone...kini ada smartbra..sebuah syarikat pakaian dalam dari Jepun, Ravijour, telah mencipta bra atau baju dalam berteknologi tinggi yang hanya boleh dibuka apabila si wanita itu teransang atau benar-benar jatuh cinta.
Bra berteknologi tinggi

Bra ini bertindakbalas dengan kadar denyutan jantung si pemakainya. Menurut kajian, seseorang yang sedang jatuh cinta itu mempunyai kadar denyutan nadi yang pantas. Jadi apabila sahaja kadar denyutan jantung si pemakainya berdenyut pantas, barulah bra ini akan terbuka secara automatik.


Bra yang dinamakan 'The True Love Tester' ini bagaimanapun masih belum dijual di pasaran. Tapi kalau korang nak, korang berpeluang menangi smartbra ini sekiranya membuat pembelian bernilai ¥5,000 (sekitar RM160) dari brand syarikat tersebut. Tapi kat Malaysia belum ada kot..

Sumber: Mirror UK

Tiada ulasan: