Hikmah bila semua harga barang naik.....faedah pinjaman perumahan turun
Harga barang naik...minyak petrol, minyak diesel, minyak hitam, orang minyak, daging ayam, lembu, sapi, kambing, bab*, dan sebagainya naik..bikin darah kita naik. Inilah dia hakikat yang perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia pada tahun ini dan dijangka akan berterusan dalam masa dua tiga tahun lagi..dan mungkin lebih lama ekoran dari kenaikan inflasi yang bakal berlaku.
Semua orang tak suka bila harga barang dan perkhidmatan naik mendadak. Tak kira lah orang itu pro-BN atau pro-Pakatan. Kalau anda suka keriangan bila dengar harga barang naik, memang ada sesuatu yang tak kena dengan kepala otak...hohoho
Namun, sebenarnya ada hikmah atau kebaikan juga bila kadar inflasi ini meningkat. Bagi mereka yang mahu mengumpul aset terutamannya dalam bidang hartanah maka inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Kenapa? sebab pihak bank dan institusi kewangan menawarkan pembiayaan pinjaman perumahan pada kadar yang lebih rendah. Hasilnya? Penjimatan faedah yang lebih tinggi dan bayaran bulanan yang lebih rendah. Ini lah peluang untuk anda membuat pembiyaan semula rumah anda. Lihat gambar rajah dari iMoney kat bawah ini.
Saya ni bukan lah pakar dalam bidang hartanah walaupun dulu masa STPM ambil subjek ekonomi. Jangan tanya saya yer...hehe..Kalau anda ada pertanyaan mengenai pembiyaan semula perumahan, elok sangat rujuk dengan pakar. Sekarang ini dah ada laman web iMoney.my, satu laman web dari Malaysia yang boleh membantu anda memahami lebih detail mengenai pembiayaan perumahan ini. Malah iMoney juga menawarkan khidmat konsultasi. Nak tahu manakah bank yang menawarkan kadar faedah terbaik untuk anda? dapatkan jawapannya di iMoney.
Kalau anda ni mempunyai duit simpanan lebih, eloklah melabur dalam bidang hartanah sekarang. Berniaga bidang hartanah ini memang menguntungkan kalau tahu selok beloknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan