Finalis Anugerah Juara Lagu ke 26 (2011) | Boros Di Aralom

Jumaat, 2 Disember 2011

Finalis Anugerah Juara Lagu ke 26 (2011)

Pada separuh akhir pertama dan kedua, Najwa Latif, Nubhan, Hafiz, Aizat,Yuna, Atilia & Monoloque, Hazama,  3 Suara, dan Projek Pistol telah berjaya menduduki lima tangga teratas. Teka teki siapa 12 finalis terakhir dan akan melangkah ke Anugerah Juara Lagu 20 (AJL26) hanya akan terjawab dalam saingan pusingan ke-3 separuh akhir Muzik Muzik 26 pada malam ini (2 Disember 2011). Pentas AJL 26 kali ini akan diadakan pada 29 Januari 2012.

Separuh akhir Muzik Muzik 26 yang dihoskan oleh Faizal Ismail (FBI) dan Cheryl Samad bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam jam 9.00malam – 10.30malam. Separuh akhir ketiga pada 2 Disember (hari ini) bakal menyaksikan 8 lagu bertanding iaitu Kalau Berpacaran (Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet), Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Anuar Zain), Bila Bertemumu (Shiha), Cinta Matiku & Menyesal (Sixth Sense), Karma (Faizal Tahir) serta Aku Permata (Salma). Artis jemputan pada malam tersebut ialah Kumpulan Ilusi.

(Rujukan: Sensasi Selebriti)

1 ulasan:

♥♥ miracle ara ♥♥ berkata...

ouh,tengs for de info..jarang dapat tengok :)