Boros Di Aralom: Oktober 2013

Khamis, 31 Oktober 2013

5 Petua mengurangkan kedutan di muka secara semulajadi

Apabila umur kita meningkat, pastinya kedutan di muka juga akan bertambah. Itu adalah perkara normal dan tiada seorang manusia pun yang bisa melawan hukum alam ini. Tapi pembentukan kedutan di muka bisa dilambatkan sekiranya anda mengamalkan beberapa petua ini.


Ini dia 5 petua mengurangkan kedutan di muka secara semulajadi yang anda boleh praktikkan dalam kehidupan seharian.

1. Elak dari terkena cahaya matahari terlalu lama. Mereka yang kurang melakukan aktiviti di luar biasanya kelihatan lebih muda kerana kurang kedutan di muka. Gunakan krim  sunscreen sekiranya anda mahu melakukan aktiviti luar lebih-lebih lagi bila cuaca panas terik.

2. Jangan merokok. Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah ia juga mempercepatkan penuaan seseorang.

3. Lebihkan makan ikan, buah-buahan dan sayuran. Ikan memiliki protein yang sangat baik untuk kulit sama seperti antioksidan yang ada pada buah-buahan dan sayuran.

4. Dapatkan tidur yang cukup dan cuba gunakan bantal yang tidak terlalu banyak jalur jahitan. Ini kerana jalur pada bantal boleh menyebabkan kedutan sekiranya terkena pada muka anda sepanjang malam. Apa lagi kalau tiap-tiap hari. Bantal macam kat Giant tu pun dah kira okay.

5. Senyum selalu. Tapi jangan terlalu senyum sampai ke telinga. Bila menguap pun elakkan dari terlalu membuka mulut besar. Ini kerana jalur yang terbentuk di tepi mulut itu akan menjadi kedutan ketara apabila umur anda meningkat kelak. Masa muda, memang tak ketara tapi bila dah berusia, memang boleh dilihat dengan ketara.



Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

8 Gambar muka baru budak perempuan yang menjadi mangsa kebakaran ngeri

Seorang budak perempuan di China yang terselamat dari tragedi kebakaran dan menyebabkan mukanya melecur teruk kini baru sahaja selesai membuat pembedahan untuk membina muka barunya.


Berkut antara gambar-gambar remaja perempuan ini sebelum dan selepas pembedahan. Anda boleh membaca laporan penuh kat Mirror.
















Semoga dia cepat sembuh...

Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Rabu, 30 Oktober 2013

5 petua mujarab menguruskan badan secara semulajadi

Berat badan berlebihan memang memberi banyak masalah kepada seseorang. Bukan sahaja memberi kesan kepada keyakinan diri malah ia juga akan menambahkan risiko mendapat penyakit yang serius.


Dalam entri ini, saya nak berkongsi 5 petua untuk membantu menguruskan badan atau mengekalkan berat badan ideal. 

1. Minum banyak air
Ya, minum air adalah salah satu petua mujarab untuk mengurangkan berat badan. Minum sekurang-kurangnya 7-8 gelas air sehari. Sebelum makan juga, anda boleh minum air supaya cepat kenyang. Begitu juga sebelum dan selepas anda bersenam.

2. Kecilkan saiz pinggan
Tahukah anda bahawa otak kita ini mudah tertipu dengan saiz pinggan yang kita gunakan. Apabila pinggan itu penuh, otak kita juga akan mengatakan bahawa perut kita akan penuh dengan kuantiti makanan yang ada dalam pinggan tersebut. Jadi, ambil perhatian dengan saiz pinggan jika anda mahu menguruskan badan.

3. Berjalan
Berjalan lebih baik dari duduk. Kalau anda bekerja di pejabat yang memerlukan anda duduk sepanjang hari, ambil lah sedikit masa untuk mundar mandir merehatkan minda. Atau pun gunakan tangga ketika datang dan pulang dari kerja. Kalau tempat kerja anda tak sampai 2 kilometer dari rumah, elok lah berjalan saja.

4. Berlari
Berlari lebih baik dari berjalan. Ambil masa sekitar 30 minit sebanyak 3 kali seminggu untuk bersenam dan berlari. Lebih lama lebih baik.

5. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan
Pastikan juga sayuran itu dimasak tanpa menggunakan minyak, gula, dan garam yang berlebihan. Lebih baik gunakan teknik mengukus. 


Selain 5 petua menguruskan badan kat atas ni, mungkin anda juga boleh membuat jadual atau weight loss diary untuk tracking jumlah penurunan berat badan. Dan satu lagi perkara yang perlu anda ambil kira ialah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ada motivasi. Want to change your weight? change your lifestyle first..


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

5 Permainan komputer PC yang paling popular di kalangan game addict Malaysia

Jujur! saya memang suka main permainan komputer terutamanya game main bola seperti FIFA dan ProEvolutionSoccer. Kekadang saya main juga kat PlayStation. Siap beli PS1 dan PS2 lagi. PS3 pulak, saya belum bercadang nak beli... Tak tau lah kenapa permainan ini sangat seronok. Hanya mereka yang suka main game jer tahu perasaan ini.. heee..

Anyway, dalam entri ini saya nak berkongsi 5 jenis permainan komputer PC yang paling popular di kalangan game addict kat Malaysia sekarang.

1. FIFA14
Nah! tak hairan kenapa FIFA14 ini menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Bukan sahaja negara kita malah juga di seluruh dunia terutama mereka yang kaki bola memang menanti-nantikan game ini. 



2. PES14
Bola lagi...bagi saya lah kan, ProEvolutionSoccer punya gameplay lagi gempak berbanding FIFA. Salah satu kekurangan yang jelas ialah pada nama pasukan dan jersi semua pasukan dalam EPL amnya. Disebabkan lesen copyright, maka Arsenal pun jadi North London, Man City jadi Man Blue, Chelsea jadi London FC, Liverpool pulak jadi Merseyside Red, dan semua team lain pun begitu lah keadaannya kecuali Manchester United. Tapi nama dan rupa pemain tidak diubah. Jersi mereka pun plain tak der logo. Mungkin ini lah salah satu sebab kenapa ramai yang memilih FIFA yang lebih sempurna itu.

>> Kalau main game dengan anak-anak, keluarga anda bahagia tak??



3. Counter Strike
Selain bola sepak, game tembak-tembak ni pun ramai yang suka main. Tapi kalau saya, tak boleh main gameplay macam Counter Strike ni sebab tak sampai 5 minit main, kepala saya dah pening. Huhu..kesian.

>> Jangan terlalu leka main game, nanti kerja sekolah tak siap,  susah nak masuk INTI College nanti..



4. Saints Row
Game ini pun pasal tembak-tembak juga tapi benda yang ditembak itu adalah makhluk asing serta makhluk yang memiliki superpower gitu. Gameplay memang okay dan tidak memeningkan kepala. Melainkan kalau anda tak henti-henti main sampai 5 jam.


5. Grid 2
Game ini adalah jenis lumba-lumba kereta gitu. Macam biasalah, anda kena berlumba kereta untuk merebut mahkota kejuaraan fiksyen World Series Racing. Kalau anda pernah main Grand Turismo, Grid 2 ini ada persmaannya sikit. Cuma gameplaynya lagi awesome lah.
So, sebenarnya masih banyak permainan komputer yang popular di kalangan kita kat Malaysia seperti Battlefield 3, Diablo, Assassins Creed, Snipers, FIFA Manager 13, The Sims 3, dan banyak lagi lah. Kalau korang nak beli, beli lah yang original kalau nak kan game experience yang lebih baik. Kalau beli yang burn, memang banyak masalah terutamanya bab install dan license keys. Kalao korang berminat nak beli permainan PC secara online, boleh kunjungi LAZADA atau kelik saja banner kat bawah ni.




Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Selasa, 29 Oktober 2013

5 Fakta menarik tentang Ais Krim yang kita tak tahu

Ais krim! Siapa yang tak suka ais krim terutama kanak-kanak? Memang menjadi salah satu makanan pencuci mulut paling digemari semua orang tak kira tempat. Tapi dalam syok syok kita makan ais krim, banyak benda mengenai aiskrim yang kita tidak tahu sebenarnya. Jadi hari ini saya nak kongsi 5 fakta menarik tentang aiskrim yang kita tak tahu.

1. Kewujudan aiskrim bermula sekitar tahun 618 - 907 dan bermula di zaman dinasti Shang. Aiskrim menjadi hidangan khas untuk raja yang memerintah ketika itu iaitu raja T'ang. Baginda mempunyai 94 pekerja khas untuk membuat aiskrim di istananya. (link)

2. Vanilla adalah perisa aiskrim paling digemari. Sekitar 30% jualan aiskrim adalah berperisa vanilla manakala perisa coklat di tempat yang kedua.

3. Kon aiskrim yang paling besar berukuran 2.81m tinggi bersamaan 9kaki 2.63inci. Kon aiskrim ini diperbuat dari wafer dan dipenuhi dengan 700kg coklat putih serta dihias dengan 2000 biskut wafer bulat. Rekod ini termasuk dalam buku rekod Guiness (link)

4. Bulan Jun adalah bulan di mana aiskrim paling banyak dihasilkan. Terutamanya di negara yang memiliki 4 musim.

5. Di Amerika, rakyatnya secara keseluruhan memakan sebanyak 1.53 bilion gallon aiskrim dan produk beku pada tahun 2011. (link)


Tambahan: Di Malaysia, rakyatnya kini sedang 'dihujani' dengan aiskrim coklat Magnum Mini yang dikatakan memberi seribu satu nikmat kegembiraan. Walaupun subsidi gula sudah dimansuhkan namun Syarikat Magnum tidak akan manaikkan harga aiskrim tersebut. Mereka hanya mengecilkan saiznya sahaja  :) Layari Magnum sekarang...

Magnum Mini Pleasure Seeker

P/s: Hehehe...yummy!


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

7 Kelebihan Samsung GALAXY Note 3 LTE N9005

Whoa! telefon pintar siri terbaru Samsung ini memang awesome gila. Kepada penggemar telefon pintar, sememangnya Samsung GALAXY Note 3 ini akan memberi kepuasan kepada anda. Berikut adalah 7 kelebihan Samsung GALAXY Note 3 ini berbanding siri lain yang sebelumnya.



Full HD Screen bersaiz besar 5.7"
Samsung GALAXY Note 3 mempunyai skrin AMOLED yang lebih besar berbanding siri sebelumnya. Bentuk ini akan membolehkan pengguna membuat banyak benda multitasking di samping view yang terbaik. Tambahan pula, skrin berdefinisi tinggi ini membolehkan anda melihat gambar dan video dengan kualiti yang hebat. Walaupun memiliki skrin besar dan berkualiti tinggi, telefon ini masih maintain reka bentuk body yang slim.
My Magazine
Ini membolehkan anda customize layout kegemaran anda sendiri dalam satu page yang teratur. Dengan ini, anda akan lebih mudah menggunakan semua aplikasi kegemaran anda dan menjimatkan banyak masa.
Air Command
Salah satu apgrade yang paling ketara hagi Samsung GALAXY Note 3 ini ialah S Pen barunya. S Pen ini telah merevolutasikan penggunaan pen telefon pintar. Dengan S Pen ini, pengguna diperkenalkan dengan Air Command yang memaparkan 5 bentuk hebat yang memudahkan pengalaman anda dalam menggunakan telefon pintar ini.

Action Memo
Air Command tadi membolehkan anda mengakses fungsi action memo ini yang mana anda boleh menulis memo dengan tulisan anda sendiri. Dari tulisan anda itu, anda juga boleh menukarnya kepada tulisan yang berformat. Contohnya, kalau anda tulis nombor, telefon ini akan detect nombor tersebut dan boleh membuat panggilan dari nombor yang anda tulis itu.

Scrapbook
Dengan bentuk ini, anda boleh menyimpan informasi tentang laman web yang pernah anda kunjungi di laman web. Anda hanya perlu membulatkan laman web kegemaran anda dan ia akan tersimpan di dalam scrapbook.

Screen White
Bentuk ini membantu anda capture gambar penuh sesebuah laman web dan seterusnya membolehkan anda menulis nota mengenainya atau sekadar menconteng sesuatu.

Pen Window
Pen window membolehkan pengguna mengguna S Pen bukan saja untuk melukis atau menulis sesuatu, malah pengguna juga boleh membuka satu aplikasi lain tanpa mengganggu kerja sedia ada. Anda hanya melukis satu kotak kecil di mana-mana pada skrin dan anda kemudian boleh membuka aplikasi lain seperti Youtube, kalkulator dan sebagainya dari kotak kecil tersebut.
Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy Note 3 BUY HERE
Size (L x W x H)15.12 x 7.92 x 0.83 cm
Weight0.168 kg
ColorWhite / Black
Display Size (inch)5.7
RAM (GB)3
Capacity (GB)32
CPU Speed (GHz)2.30
Number of CPUs4
Megapixels13.0
Operating SystemAndroid
Battery Type3200 mAh Li-Ion Battery
Uses & PropertiesGPS, A-GPS support
Bluetooth v4.0 with A2DP, LE, EDR
Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, dual-band, DLNA, Wi-Fi Direct, Wi-Fi hotspot
Accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer, temperature, humidity, gesture
Graphic ChipsetAdreno 330
Network2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
4G Network LTE 800 / 850 / 900 / 1800 / 2100 / 2600
CPU ModelQuad-core Krait 400 CPU
SIM card typeMicro SIM
Warranty Period1 Year
Warranty TypeLocal Manufacturer Warranty
Input TypeTouchscreen
OS (Specific)Android 4.3
Display FeaturesSuper AMOLED 1080 x 1920
16M colors Display
1080 x 1920 pixels, 5.7 inches (~386 ppi pixel density)
Multitouch



Lihat video pengenalan tentang telefon pintar Samsung GALAXY Note 3...memang awesome.


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Isnin, 28 Oktober 2013

3 Gambar longgokan duit dimuatnaik dalam akaun Facebook pembunuh pegawai AmBank

Rupanya si Ardi ini sudah lama mengidam wang di bank tersebut. Apa tidak, saban hari asyik tengok duit saja sampai tunduk kepada bisikan syaitan. Sebelum kejadian gempar tersebut, suspek pernah memuat naik gambar beberapa longgokan wang kertas dalam RM di wall akaun facebooknya. Tengoklah...






Sampai sekarang ni pun suspek belum lagi ditangkap. Jangan-jangan dia dah lolos pulang ke negara asalnya kot. Tinggalkan anak isteri dan kengkawan dia merana di lokap. Duit dia dah banyak beb...sampai kat Indon nanti dia boleh kawin lagi. Kawan pun ramai datang berduyun-duyun..tengok saja kawan dia kat Facebook dah lebih 4000 orang..kat bawah ni gambar isteri dan anaknya kat Facebook..Kredit gambar kepada berita-harian.net



P/s: Teringat pula masa melawat kat Bandung dulu..ada mat indon jual barang ni cakap dengan kami... "kat sini hujannya air...kat sana (Malaysia) hujannya wang ya!!"...adei, boleh pulak dia buat loyar beruk..


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

4 Perkara yang perlu dibuat kepada anak remaja perempuan yang baru putus cinta

Mungkin ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli tentang hal ini, tetapi salah satu perkara penting yang perlu ibu bapa ambil kira dalam melihat perkembangan anak-anak remaja mereka ialah dari segi hubungan cinta mereka. Jadi apabila anak remaja terutamannya anak perempuan mengalami pengalaman putus cinta, pastinya ia akan memberi kesan mendalam kepada emosi dan mental mereka. Di sini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk mendidik anak-anak remaja mereka tentang cara menangani masalah emosi selepas putus cinta. Berikut antara 4 perkara yang perlu ibu bapa buat ketika berhadapan dengan anak remaja perempuan yang baru putus cinta.

Mendengar
Perkara pertama yang perlu anda sebagai ibu bapa lakukan ialah mendengar luahan hati anak anda tanpa sikap prejudis. Mendengar tanpa prejudis bermaksud anda tidak menghakimi pemikiran, perasaan tidak puas hati dan ekspresi emosi anak anda. Biarkan anak anda itu meluahkan segalanya dahulu tanpa memotong kata-katanya. Kalau anak anda nak menangis, hulurkan bahu anda dan biarkan dia menangis. Dalam keadaan inilah anak anda memerlukan sokongan emosi dari orang-orang yang dekat dengan dia terutamanya keluarga.

Empati
Empati bermaksud anda merasai perasaan emosi anak anda ketika itu serta menunjukkan bahawa anda memahami perasaan anak anda yang baru putus cinta itu. Cuba neutralisasikan emosi anak anda itu dengan mengatakan "Saya faham kenapa kamu merasa begitu kecewa, kebanyakkan orang juga akan kecewa macam kamu jika putus cinta". Keadaan ini memberi ruang kepada anak anda untuk menyedari bahawa bukan dia saja yang akan terluka kerana mengalami putus cinta ini. 



Beri Dorongan
Mungkin anak anda akan berada dalam mood pessimitik dan tidak lagi yakin dengan percintaannya dan paling terus mungkin dia tidak lagi percaya bahawa dia akan mendapat teman lelaki yang sesuai di masa hadapan. Dalam keadaan ini, anda perlu memberi dorongan kepada dia  untuk menjadi lebih optimistik tentang masa depan percintaannya. Jika  peristiwa putus cinta itu menyebabkan anak anda sering mempersoalkan nilai dirinya, beri dia dorongan untuk menyenaraikan kualiti-kualiti diri atau apa-apa kelebihan yang dia ada. Apabila anak anda menyedari akan kelebihan yang dia ada, maka perkara ini akan membantu meningkatkan lagi self-esteem mereka. Selain itu, beri dorongan kepada anak anda untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang disukai dalam usaha untuk distract pemikirannya dari terus memikirkan tentan kekecewaan putus cinta.

Beri kata-kata hikmat 
Ketika anda sedang meredakan perasaan kecewa anak anda itu, ambil peluang ini untuk berkongsi pengalaman serta bagaimana anda menangani masalah putus cinta ini. Ceritakan kepada anak anda apakah perkara yang pernah anda buat selepas putus cinta suatu ketika dahulu dan bagaimana anda akhirnya 'sembuh' dari perasaan kecewa itu. Sebaiknya, anda lakukan perkara ini selepas anak anda benar-benar sudah meluahkan segala yang tersimpan di dalam hatinya yang kecewa selepas putus cinta.


Memang lah kebanyakkan kita akan mengatakan bercinta semasa di sekolah menengah hanyalah 'cinta monyet'. Tapi ramai antara kita tidak sedar bahawa dari 'cinta monyet' inilah peluang terbaik kita untuk mempelajari bagaimana berhadapan dengan masalah emosi selepas putus cinta. Ramai remaja yang cuba bunuh diri sebab tidak dididik tentang hal ini. 



Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

4 Spesifikasi utama yang perlu anda tahu tentang Acer Liquid E2 V370

Acer Liquid E2 V370 ini dioptimumkan untuk membantu anda menangkap dan mengalami persekitaran anda. Dua spekernya, display qHD sebesar 4.5", serta sambungan data pantas HSPA+ memang akan buatkan hidup anda lebih seronok. Tambahan pula, processor quad-core yang berkuasa dan kameranya yang memiliki contonuous shooting yang pantas pastinya sangat memuaskan mereka yang suka menangkap gambar.


Bunyi Realistik
Dual metal speakernya mengeluarkan bunyi stereo yang awesome!. Bunyi DTS untuk telefon pintar memainkan lagu dengan indah dan memiliki volume maximization, panambahan wide sterio width, dan banyak lagi. Jadi pastinya membuatkan anda khusyuk mendengar lagu dari telefon Acer Liquid E2 V370 ini.

Kamera
Kamera di Acer Liquid E2 V370 ini memiliki zero shutter delay, so anda boleh tangkap gambar selaju yang boleh. Dengan contonuous shooting pantas, anda boleh mengambil sehingga 8 gambar dalam masa sesaat dengan hanya menekan butang kamera. Ciri istimewa yang lain ialah kebolehan Acer Liquid E2 V370 untuk menangkap gambar dari pelbagai sudut dan kemudian anda boleh melihat kesemua sudut itu dalam satu tangkapan sahaja. Memang menarik.

Kelajuan
Aplikasi kegemaran anda akan bertindakbalas dengan cepat dan smooth dalam telefon pintar ini. Nak layari internet juga sangat laju. Kesemuanya memberi respon segera dengan menggunakan quad-core processor berkuasa tinggi beserta sambungan data HSPA+ sehingga 42Mbps.

Harga
Telefon pintar dengan kualiti tinggi seperti Acer Liquid E2 V370 ini memang lah sangat tinggi permintaannya di pasaran. Harganya juga berpatutan dan mampu milik. Anda kini boleh memilikinya pada harga serendah RM749 sahaja. Kalau berminat, boleh beli Acer Liquid E2 V370 secara online di Lazada selagi stok masih ada! Kelik saja banner di bawah ni.




Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Ahad, 27 Oktober 2013

1001 Kerugian! Penganjur konsert Kesha rugi besar selepas konsert dibatalkan saat akhir

Sebelum ini, kedatangan penyanyi seksi, Kesha, ke Malaysia memang banyak digembar-gemburkan termasuk lah promosi video lelaki pondan di Youtube. Namun kepada semua peminat Kesha yang dah beli tiket, korang harus terima kenyataan bahawa dia tidak akan dapat membuat persembahan kerana permit konsertnya di Malaysia dibatalkan pada saat-saat akhir.

Malaysian Digest Livescape Sdn Bhd iaitu penganjur konsert artis rap Amerika Syarikat, Kesha (Ke$ha) mendakwa kerugian lebih RM1 juta apabila Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) tidak meluluskan permit konsert berkenaan kurang 36 jam sebelum acara berlangsung.
 
Konsert yang diberi nama Kesha Warrior Tour itu sepatutnya diadakan di Stadium Negara pada Sabtu pukul 8.30 malam.
 

Livescape dalam satu kenyataannya kepada media pada Jumaat malam berkata, pihaknya amat kesal kerana permohonan permit yang dikemukakan pada 10 September lalu ditolak pada saat-saat akhir.
 
“Kami kesal kerana surat permohonan menolak permohonan kosnert berkenaan hanya diterima pada pukul 11.24 pagi ini (Jumaat) bersama dua lagi surat yang sama bertarikh 1 Oktober dan 18 Oktober lalu.
 
“Pada masa kenyataan ini ditulis, kami masih belum menerima penjelasan rasmi kenapa konsert berkenaan tidak dibenarkan,” kata kenyataan itu tersebut
 
Sebagai penganjur yang berpengalaman mengendalikan lebih 100 konsert antarabangsa, Livescape Sdn Bhd berkata pihaknya sudah mengemukakan pelbagai dokumen dan bersedia mematuhi segala garis panduan pertunjukan artis luar yang disyaratkan oleh Puspal.
 
Malah katanya pihak Kesha juga telah bersetuju untuk mengadakan persembahan bersesuaian dengan budaya negara ini selain menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia.
 
“Ia termasuklah kesanggupan Kesha membuat perubahan kepada lirik lagunya, pertukaran kepada almari pakaian serta mengubah beberapa peraturan tertentu sebagai menghormati garis panduan ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.
 
Ujar kenyataan itu lagi, pembatalan konsert pada saat-saat akhir mendedahkan promoter pertunjukan kepada kerugian yang tinggi walaupun pihaknya berhasrat untuk membantu negara dalam mempromosikan negara sebagai destinasi muzik ‘live’ berdaya maju selain kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.
 
Berikutan itu katanya, pihak penganjur akan membayar balik harga tiket yang dibeli penonton termasuklah menawarkan bayaran balik perjalanan kepada mereka dengan syarat-syarat tertentu akibat pembatalan konsert berkenaan.
 
Orang ramai boleh melayari www.facebook.com/livescapeasia untuk maklumat lanjut.
 
Kesha atau nama sebenarnya Kesha Rose Sebert, 26, terkenal dengan imej seksinya ketika membuat persembahan.
 


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

9 Aplikasi game paling popular di Facebook sepanjang bulan Oktober 2013


Berikut adalah senarai 10 aplikasi game paling popular di Facebook sepanjang bulan Oktober 2013. Data ini diperoleh dari appdata.com

1. Candy Crush Saga
2. Pet Rescue Saga
3. Farm Heroes Saga
4. Dragon City
5. Criminal Case
6. FarmVille 2
7. 21 Questions
8. Give Hearts
9. Texas HoldEm Poker

Jika anda seorang yang suka bermain game di Facebook, pastinya anda adalah salah seorang yang menyumbang kepada kepopularan aplikasi game kat atas ni. Jangan saja main sampai tak ingat dunia yer..especially Candy crush..

>> Mari sokong kempen kesedaran kanser payudara dari Softlan..tak kira anda lelaki atau wanita

Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Sabtu, 26 Oktober 2013

3 Benda pertama yang saya buat kalau terjumpa lelaki pondan ini

Bila anda didatangi oleh seorang lelaki yang memang pelik cara berpakaian dan cara tingkah lakunya, apakah reaksi pertama anda? Lebih-lebih lagi kalau jumpa lelaki yang berpakaian wanita ala-ala penyanyi superstar wanita macam gambar kat bawah ni...kalau nak tengok video, boleh pergi ke Youtube




Kalau saya terjumpa dia lah kan..3 benda pertama yang saya buat ialah :-

1. Tak der apa-apa...biarkan dia mengomel sendiri..

2. Ambik gambar dia..lepas tu tampal kat notis "AWAS! ORANG GILA TERLEPAS DARI TANJUNG RAMBUTAN"

3. Cakap dengan dia.. "Eh, you are Keisha, right?? Bila masa awak jadi pondan?" ...hehehe...

Anyway, video tersebut hanya lah satu hoax atau promosi tentang kedatangan penyanyi Keisha ke Malaysia tidak lama lagi. Video tu memang santai lawaknya..macam biasa lah, lelaki jadi perempuan.

>> Mungkin anda juga minat makan aiskrim, tengoklah dulu aiskrim baru Magnum Mini ini


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

9 Tanda teman lelaki atau suami anda berlaku curang


Nak tahu tanda-tanda menunjukkan bahawa suami atau teman lelaki anda itu curang? Berikut antara 9 tanda si dia curang dengan anda. 

1. Perubahan cara berpakaian kepada lebih kemas dan memakai pakaian yang lebih berjenama.

2. Perubahan style musik yang didengar. Mungkin teman lelaki atau suami anda mulai mendengar lagu yang lebih up to date kerana mahu menarik perhatian perempuan simpanannnya.

3. Mula memakai haruman yang berbeza dari biasa.

4. Suami anda tetiba beli kereta baru. Biasa lah kalau nak menarik perhatian wanita terutama bagi lelaki berusia yang mahu menarik perhatian wanita muda.

5. Perubahan jadual waktu bekerja. Mungkin si suami tetiba kata yang dia kini bekerja dari jam 8pagi sampai jam10 malam. Kerja apakah itu?

6. Perubahan cara makan dan jenis makanan yang dimakan.

7. Anda mendapati bahawa si dia mula menghabiskan masa lebih banyak di luar.

8. Anda mendapati si dia lebih banyak meluangkan masa dengan internet.

9. Anda mendapati si dia lebih banyak menggunakan telefon. 

Tapi harus diingat juga bahawa kalau si dia menunjukkan tanda-tanda di atas, tidak bermaksud bahawa dia sedang berlaku curang. Mungkin juga dia nak perhatian lebih dari anda.

>> Sokonglah kempen kesedaran kanser payudara dari Softlan ini..berikrar sekarang

Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

10 Sebab kenapa ramai graduan masih menganggur di Malaysia


Sehingga Ogos lalu, statistik dari Kementerian Sumber Manusia menunjukkan lebih 200,000 graduan lepasan ijazah tidak mempunyai pekerjaan dan ianya adalah 3% dari jumlah pengangguran di Malaysia.


Kenapa begitu ramai graduan yang masih menganggur? Berikut adalah antara 10 sebab kenapa masih ramai yang menganggur :-

1. Kurang pengalaman kerja.
2. Too demanding atau mau gaji lebih.
3. Kurang mahir berbahasa Inggeris.
4. Tanggungjawab terhadap keluarga bagi graduan yang dah berkhawin.
5. Masalah kesihatan
6. Kerja yang ditawarkan tidak sesuai dengan diri (terlalu memilih)
7. Takut berhadapan dengan persekitaran alam pekerjaan.
8. Tidak berminat untuk bekerja. Mungkin dah ada bisnes sendiri.
9. Menunggu peluang untuk menyambung pelajaran
10. Memilih untuk tidak bekerja. Dia ni anak jutawan kot..


Oh ya, kalau anda duduk dekat-dekat area Universiti Teknologi Mara Shah Alam, eloklah datang ke pameran Talent Corp SFCF pada 12 dan 13 November terutama kepada mereka yang mahu cari pekerjaan. Boleh datang interview on the spot. Dan lebih baik bawa resume bersama.



Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

1001 video! bunyi telefon bikin spoil konserto Piano

Punyalah khusyuk para penonton dan mendengar alunan musik piano dari pianist ternama, Christian Zacharias, ni yer...tapi dalam kekhusyukan tersebut, tetiba ada telefon berbunyi, entah siapa punya, dan ia membuatkan pianist tersebut terus berhenti bermain piano...tengok lah video kat bawah ni..

>> Mari sokong kempen kesedaran kanser payudara dari Softlan ini



Tapi untuk mengekalkan momentum kekhusyukan para penonton, Zacharias meneruskan mainannya selepas bunyi telefon itu berhenti. Dia juga sempat meluahkan ketidak puasan hatinya tentang gangguan tersebut...biasalah kalau orang seni ini kan.


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Jumaat, 25 Oktober 2013

10 Top blog referral untuk Edisi Blogger bulan ini

Blogging memang satu hobi yang menyeronokkan. Bukan saja boleh hilangkan rasa bosan malah ianya boleh menjadi sumber pendapatan pasif serta menjadi wadah perkongsian ilmu.

Tapi kalau berblog tanpa membina network sesama blogger, memang agak lonely sedikit especially kalau ianya berkaitan dengan perkongsian trafik. Di sini saya nak berkongsi 10 top blog referral yang banyak menyumbangkan trafik kepada blog Edisi Blogger sepanjang bulan ini. 


Oh, list ini bukan dalam urutan ya. Saja letak dalam bentuk senarai. Masih banyak lagi sebenarnya blog yang menyumbang trafik kepada blog ini. Terima kasih kepada yang sudi bertukar bloglist dan bertukar link dengan Edisi Blogger. Kalau ada sesiapa yang nak bertukar link atau tukar bloglist, 'kecil tapak tangan nyiru ditadahkan'...meh lah !! 


Dan terima kasih juga kepada sesiapa yang sudi berkongsi artikel dari blog ini dan kemudiannya memberi kredit kepada Edisi Blogger. Terima kasih daun keladi... Kat bawah ni, Fanpage Facebook baru Edisi Blogger, sila lah sokong 'LIKE' kitaorang juga kat Facebook yer..

>> Sila sokong kempen kesedaran kanser payudara dari Softlan ini juga ya..

Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

1001 Persoalan, Perompak Ambank adalah PTI dari Sabah?

Berita terkini mengenai rompakan maut di sebuah cawangan Ambank di USJ Sentral 2. 


Polis kini menahan dua pengawal keselamatan dan seorang wanita yang dipercayai adalah rakan subahat dan ada kaitan dengan suspek. Mereka adalah saudara suspek manakala wanita itu pula adalah isterinya. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an dan merupakan rakyat negara jiran dari Tawau, Sabah, dan dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

Polis turut menemukan wang tunai RM20,000 yang dipercayai sebahagian daripada RM450,000 hasil rompakan suspek.

Nah, kalau ini suspek adalah PTI yang mendapa IC dari projek IC, apa lagi menteri mau cakap..MP Sabah dari Penampang pun dah bagi amaran bahawa keselamatan negara memang di tahap yang membimbangkan. Salah satu sebabnya ialah PTI ini lah. We in Sabah are in DANGER, you guys at Semenanjung Malaysia are also now in Danger

>> Tahukah anda kanser payudara juga adalah antara musuh utama wanita. Jadi sokonglah kempen kesedaran dari Softlan ini sekarang untuk mencegah penularan kanser payudara di Malaysia...


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

1001 Gambar Pegawai Bank Maut Ditembak, Sudah lah jangan sebar gambar tu lagi

Memang kecoh kelmarin mengenai berita gempar pegawai bank ditembak mati oleh pengawal keselamatan yang merompak sebuah bank di USJ Sentral 2.

Mangsa bernama Norazita Abu Talib, 37, maut di tempat kejadian selepas ditembak dari jarak dekat di bahagian kepalanya oleh suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza. Selepas kejadian itu, memang banyak sangat blog dan akhbar terutamanya media online yang menyiarkan gambar dan video mengenai kejadian tersebut. 

Biasalah kalau media ni, dah kerja mereka beri informasi dan nak kan perhatian lebih, mahu juga dedah itu ini walaupun selalunya benda itu kurang sesuai dipertontonkan terutama kepada keluarga mangsa yang masih trauma. Bukan sahaja keluarga mangsa, malah juga kepada kakitangan bank lain yang turut berada dalam ketakutan selepas melihat rakan mereka ditembak depan mata mereka sendiri.

Kejadian ini bukan direka macam filem aksi tembak menembak. Kejadian ini berlaku di alam realiti. Secara peribadi, memang agak terkejut dan menyedihkan bila membaca berita tragis ni. Apa lagi di pihak mangsa. Mungkin tiada siapa yang lebih sedih berbanding suami mangsa yang turut meminta agar media berhenti menyebarkan gambar dan video rompakan maut tersebut.

Apa yang mampu kita buat sekarang ialah berusaha memberi bantuan bukan sahaja kepada keluarga mangsa yang sedang bersedih tapi juga kepada pihak polis yang masih berusaha mencari penjenayah tersebut.

Ya, dia MASIH BEBAS, MEMILIKI SENJATA, dan bila-bila saja dia boleh bunuh orang lain pulak...

Gambar mangsa tidak akan disiarkan di sini, kalau nak tengok, cari saja kat Google, tapi gambar suspek ada kat bawah ni. Kalau korang nampak dia elok call 999 cepat. Menurut laporan, dia mungkin masih berada di sekitar Selangor.
Ardi Hamza ic palsu
Selain kes rompakan maut ni, tak sampai 24jam, negara dikejutkan lagi dengan kes bunuh yang menyebabkan dua mangsa maut selepas ditikam seorang lelaki yang dikatakan kurang siuman. Tapi suspek sudah ditahan dengan bantuan orang ramai. 

Apa pula kata menteri lepas ni? MALAYSIA MASIH AMAN!!!

>> Kalau korang rasa panas, makan lah aiskrim Magnum ni dulu...


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Khamis, 24 Oktober 2013

10 Gambar Tsunami kecil di Cameron Highlands

Bagaimana pula kejadian tsunami berlaku di tanah tinggi Cameron Highland ni? Sebenarnya kejadian yang menyebabkan 3 maut ini disebabkan oleh arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar melimpah secara mendadak.

Dalam kejadian awal pagi itu, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu.

Berikut antara gambar-gambar kesan tsunami kecil di cameron highland ini. Kredit gambar dari Google dan dari Smart Generation.


















Anda boleh membaca laporan penuh di akhbar-akhbar tempatan mengenai kejadian ini. Boleh juga baca laporan dari Metro.



Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...