Boros Di Aralom: Februari 2014

Jumaat, 28 Februari 2014

Ini mungkin salah satu sebab kenapa orang ramai mahu tol dimansuhkan

Tepuk dada tanya selera..mungkin ini hanya satu salah faham atau memang dah perangai petugas lebuh raya tu macam tu..

Ada seorang pengguna ni mengadu sebab terkilan dengan sikap peronda dan polis peronda lebuh raya yang menurutnya tidak menghulur bantuan yang wajar ketika dia mengalami kerosakan kereta semasa melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

Pengadu bernama Mohd Sabri Abd Malek, 55, yang juga Presiden Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia  itu mendakwa bahawa para petugas itu tidak menjalankan tugas dengan baik dan tidak mementingkan keselamatan penguna lebuh raya.
Kererta tersadai di tepi jalan LPT
Ketika dalam perjalanan berhampiran kawasan rehat dan rawat (RnR) Kuantan, kenderaan dipandunya rosak secara tiba-tiba. 
“Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang dan ketika itu cuaca panas terik, sekali gus menimbulkan keadaan yang tidak selesa. 
“Malah, cucu saya yang berusia lebih setahun mengalami muntah-muntah kerana kepanasan. Katanya, ketika itu dia menahan sebuah kereta peronda lebuh raya untuk meminta bantuan menunda kereta yang rosak ke RnR yang hanya berjarak kira-kira 1 kilometer sahaja. 
“Ketika saya sedang berbincang dengan peronda LPT, sebuah kereta peronda polis lebuh raya datang dan mereka berbincang sebelum meninggalkan kami di tepi lebuh raya berkenaan. 
“Walaupun telah diletak kon atau tanda amaran, keadaan itu masih berbahaya kerana kebanyakan pengguna lebuh raya memandu dalam keadaan laju,” katanya kepada Sinar Harian. Katanya, memandangkan petugas yang sepatutnya enggan membantu, dia terpaksa meminta bantuan orang ramai. 
“Kami bernasib baik kerana ada sebuah kereta yang berhenti dan menolong tunda kereta ke kawasan rehat. 
“Sepatutnya pihak pengurusan LPT dan pihak berkuasa dapat memastikan anggota mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih baik,” katanya. - Sinar Harian

Perkara ini kemudiannya dirujuk kepada pengurusan LPT. Menurut mereka, terdapat prosedur dan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh kakitangan mereka ketika bertugas. Pihak LPT juga turut memohon maaf dan kesal dengan apa yang telah berlaku kepada pengguna tadi. 

Jika ada pengguna yang mempunyai aduan dan masalah, anda boleh menghubungi LPT-Line di  talian 09-5479111 atau Bahagian Komunikasi Korporat di 03-61951111.

Sumber: Sinar Harian

Lagi Info Menarik:

Cara membuka kulit pisang dengan betul, ikutlah cara monyet

Adakah korang buka kulit posang macam ni?
Tahukah anda cara membuka kulit pisang dengan betul?  Actually, there is no right or wrong ways to peel a banana..tapi banyak orang yang terlepas pandang akan cara yang lebih pantas dan kemas untuk membuka kulit pisang. And we have to learn from monkey how to do it..Lihat saja video kat bawah..


Well, monyet lagi pandai dari manusia dalam beberapa perkara. Termasuklah cara membuka kulit. Bukalah dari hujung pisang tu..picit dulu, then buka kulitnya. Percayalah, saya pun baru tahu benda ni. A simple yet awesome life hack.

Lagi Info Menarik:




Beli Barang Smartphone Di Lazada..blogger femes kena tipu??

Salam 1Malaysia..pernah dengar laman web Lazada tak? Saya pasti ramai yang dah tahu malah sering membeli barang di laman web shopping terbesar di Malaysia ini.

Siapa pernah kena tipu ketika beli barang online? Kes penipuan memang banyak. Ada tuu, blogger yang sering berkepit dengan laptop pun kena tipu juga. Begitulah liciknya teknik penipu ni. Bukan calang-calang blogger tu tau. Boleh baca kisah bloger femes ini kena tipu dengan online shop dalam entrinya. Online shop tu Lazada ker? Oh bukan..online shop tu di Facebook..memang bikin panass caranya menipu..adakah patut dia bagi alamat rumah bangla?

Saya saja nak berkongsi pengalaman sendiri membeli barang di Lazada. Saya beli smartphone bajet. Dulu pernah menang voucher dari Lazada, jadi membazir kalau tak digunakan sebaiknya. 
Huawei Ascend Y300
Saya beli smartphone bajet Huawei Ascend Y300. Harganya RM338. Lepas tolak voucher Rm150, maka harganya tinggal  RM188. Not bad at all..Lepas baca banyak review positif dari pengguna dan melihat kepada spesifikasinya yang memenuhi syarat maka ia menjadi pilihanku. Khamis beli, Selasa sampai. Rabu dapat. Khamis pakai. Ermm..ada masalah sikit pasal delivery. Saya beri alamat PO Box ingatkan mereka boleh hantar guna PosLaju tapi rupanya mereka hanya stick pada GDex saja. Then GDex telefon mintak alamat yang bukan PO Box. So, terpaksalah saya beri alamat saudara mara yang bekerja kat Kota Kinabalu untuk tujuan delivery. 

Saya bayar dengan menggunakan kad prepaid Visa Tune2Big. Kad ni memang sangat selamat jika dibandingkan dengan kad kredit dan kad debit bank. Sebab kad prepaid Visa Tune2Big ini perlu direload macam simkad dulu baru boleh guna. Dah habis isinya, maka perlu diisi balik. Dah lebih 2 tahun saya guna. Jadi tak der masalah hutang menghutang dengan bank. Memang terbaik. Boleh apply 100% secara online kat laman web Tune2Big. Kad prepaid Visa Tune2Big ni pun boleh digunakan untuk mengaktifkan akaun Paypal. 

Dari segi performance, Huawei Ascend Y300 ini boleh fight dengan Samsung Galaxy S. Kelemahannya hanya dari segi performance game beresolusi tinggi. Kalau sekadar game biasa macam Temple Run, Candy Crush dan Angry Bird tu, memang no hal punya. Tapi kalau nak main Battlefield, Snipers dan yang RPG beresolusi tinggi, memang banyak lagging. So, smartphone Huawei Ascend Y300 ini bukan untuk mereka yang suka gaming. Namanya pun smartphone bajet. 

Tapi percayalah, Huawei Ascend Y300 ini jauh lebih baik dari smartphone klon yang banyak diimport dari China tu. Walaupun Huawei ini jenama dari China tapi ianya branded.

Secara keseluruhan, saya memang puas hati dengan smartphone Huawei Ascend Y300 ini. Boleh dikatakan cukup sifat dan sangat sesuai untuk mereka yang baru nak upgrade kepada smartphone. Sebelum ni pun saya pakai smartphone juga. Tapi rasa nak cuba brand lain pulak..lagipun ini peluang terbaik untuk tukar handphone. Dan satu lagi yang menarik perhatian saya mengenai Huawei Ascend Y300 ini ialah dari segi security. Korang boleh set face unlock untuk lock phone korang. Kalau nak buka balik, phone ini akan scan muka korang dulu. Kalau orang lain, dia tak kan buka. Anyway, feature ini pun ada kat kebanyakkan smartphone.

Dari segi customer servis Lazada, kira okay lah. Walaupun tidak pernah contact mereka selama berurusan beli Huawei Ascend Y300 ini, tapi saya selalu contact mereka untuk tanya benda lain. Mereka reply as soon as possible. Dalam masa kurang 24jam gitu. So, overall, membeli belah secara online di Lazada memang selamat.

Huawei Ascend Y300 dengan harga RM188, mana nak cari ooii..


Lagi Info Menarik:

Khamis, 27 Februari 2014

Wanita gersang menelefon polis untuk melakukan hubungan se*ks

Seorang wanita menelefon polis untuk melaporkan bahawa dia sedang berada dalam keadaan ghairah mahu melakukan hubungan seks.

Seorang janda dari Florida bernama Maria Montenez-Colon, 58, telah menelefon polis dalam keadaan mabuk. Mulanya dia mengeluh mengenai keretanya. Tetapi apabila polis tiba di kediamannya, Maria berkata "sudah bertahun saya tidak melakukan seks. Saya sedang ghairah."

Polis kemudiannya berusaha untuk menyoal Maria tapi wanita ini terus menjawab, "kamu boleh melakukan seks dengan saya." 

Polis yang bertugas kemudian beredar. Tapi sejam kemudian, Maria menelefon 911 semula dan menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap pegawai polis yang baru saja menolaknya itu.

Ketika ditanya semula apa yang boleh polis bantu, Maria dengan selamba menjawab, "adakah cara lain supaya kamu datang sini untuk melakukan seks dengan saya?"

Sumber: Mirror UK

Macam mana agaknya reaksi polis yang bertugas itu jika Maria adalah seorang wanita muda 30an yang seksi dan menawan?

Lagi Info Menarik:


Baginilah caranya kambing syok bergembira menikmati hidup

Cara kambing bermain dan bergembira..perkara paling comel mengenai haiwan yang saya suka tengok..soo cute..
Kambing main lompat-lompat


Maka dengan itu, belajarlah menikmati hidup walaupun diterpa pelbagai badai...macam kambing kat atas ni. Seriously, saya pun nak main benda tu..nak juga kembali ke zaman kanak-kanak dulu.

Lagi Info Menarik:

Cubaan rogol gagal kerana 'anu' tidak berfungsi

Cubaan rogol gagal (sekadar gambar hiasan)
Kuala Lumpur: Seorang wanita yang juga kakitangan kerajaan berusia 24 tahun terselamat daripada dirogol pemandunya sendiri apabila alat sulit lelaki itu tiba-tiba tidak berfungsi, di sebuah klinik kesihatan di sini.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 6.45 pagi di sebuah sebuah klinik kesihatan di Kajang, Ahad lalu, lelaki berusia 34 tahun yang berang selepas empat kali cubaannya itu gagal memperkosa mangsa kemudian bertindak mencabul mangsa.

Menurut sumber, lelaki yang bekerja sebagai pemandu itu dikatakan menanggalkan pakaian mangsa walaupun wanita itu melawan hingga berlaku pergelutan.

“Selepas gagal merogol mangsa kerana alat sulitnya tidak berfungsi, lelaki terbabit kemudian mencabul wanita terbabit lebih 10 minit sebelum meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya.


Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan kurang 24 jam kemudian pemandu terbabit ditahan di rumahnya di kawasan berhampiran. - mymetro

P/S: Empat kali cubaan yang gagal?? Kenapa tak laporkan sebelum ini?? Nasib baik lelaki tu dah kena tangkap..

Lagi Info Menarik:

Rabu, 26 Februari 2014

Amah dari Indonesia kelar anak majikan sebelum membunuh diri

Dah macam-macam kes kelar mengelar yang terjadi sejak akhir-akhir ini. Ada bapa kelar anak sendiri dan ada juga anak kelar bapa sendiri. Terbaru, seorang amah pula yang naik gila dengan mengelar kedua-dua anak majikannya yang masing-masing baru berusia 18 bulan dan 5 tahun sebelum mengelar dirinya sendiri sampai mati.
Mayat mangsa kelar sedang dikeluarkan dari rumah 
SUNGAI BULOH – [DIKEMASKINI] Tidak tahu di mana silapnya, seorang pembantu rumah warga Indonesia membunuh dua anak majikannya dengan mengelar leher mangsa sebelum membunuh diri, di Taman Sri Putra, dekat sini, petang semalam. 
Keluarga itu meninggalkan kanak-kanak itu dibawah jagaan orang gajinya selepas keluar menguruskan restoran  kira-kira jam 5 petang Kejadian malang itu hanya disedari selepas keluarga mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7.30 malam. 
Difahamkan nenek  mangsa memanggil kedua-dua cucunya namun tidak berjawab sebelum terkejut menemui mayat cucunya  berusia lima tahun dan pembantu rumah dibilik ditingkat bawah manakala seorang lagi ditingkat atas berlumuran darah. 
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh,Supritendan Junaidi Bujang berkata,polis  yang tiba mengesahkan ketiga-tiga mangsa mati akibat dikelar selepas menemui dua bilah pisau di berlumuran darah berhampiran mayat pembantu rumah. Menurutnya suspek dipercayai membunuh Melvin Selvan Joseph, 1 tahun 6 bulan  terlebih dahulu sebelum membunuh abangnya  Kuay Jia Hiong, 5 dan kemudian terus mengelar dirinya. 
“Mayat Melvin ditemui di atas katil dengan tangan kanannya masih memegang  alat kawalan TV. 
“Pembantu rumah itu dikenali sebagai Agnes, 30, berasal dari Indonesia tidak mempunyai permit  dan sudah bekerja dengan keluarga berkenaan sejak lebih setahun yang lalu,” katanya. 
Difahamkan tiada sebarang kesan pecah masuk dirumah itu yang boleh mengaitkan kes berkenaan dengan aktiviti jenayah lain. Selain mangsa, rumah berkenaan turut  didiami oleh   ibu bapa, nenek mangsa dan dua kakak mangsa.
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di rumah mangsa ( Foto: myMetro)
“Siasatan mendapati keluarga itu tidak mempunyai masalah dengan suspek, sebaliknya wanita itu dikenali dengan sifat penyayangnya,” katanya. Menurut Junaidi kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan bunuh diri. Mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. - Sinar Harian
Lagi Info Menarik:


Penemuan ini akan buatkan anda tak mahu minum kopi lagi

Minuman yang berasaskan kopi sememangnya menjadi salah satu kesukaan ramai orang. Malah ada yang tidak boleh duduk diam kalau sehari tak dapat minum secawan.

Namun anda diingatkan supaya lebih berhati-hati dalam memilih jenis kopi yang diminum kerana ketika ini ada satu produk berasaskan kopi yang mula dijual di sekitar Klang yang mengandungi racun Sildenafil dan Sibupralile. Racun Sildenafil ini bertujuan untuk merangsang seks manakala racun Sibupralile pula bertujuan untuk melangsingkan badan.
Para pegawai JKWPKL sedang memeriksa produk berasaskan kopi tersebut
Walaupun nama atau jenama kopi itu tidak didedahkan ketika ini namun serbuan terhadap premis yang memperoses kopi tersebut sudah pun dilakukan oleh pihak berkuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Jakim.

Sekiranya kopi yang mengandungi racun ini diambil secara berterusan, ia akan memberi kesan buruk kepada hati yang akhirnya akan membawa maut.

Sumber: Sinar Harian

Lagi Info Menarik:

Selasa, 25 Februari 2014

Beginilah sadisnya kehidupan golongan miskin tegar terlampau di bandar Kuala Lumpur

Jika pendapatan anda sekarang ialah sekitar RM2000 dan tinggal di kawasan bandar, tidak menghairankan jika anda sekarang ini sedang berada dalam kegelisahan berikutan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang melampau. BR1M pun rasanya dah habis dalam masa dua tiga hari ini.

Dan jika anda berkeluarga dan terpaksa menampung keluarga sendirian, pastinya hidup lebih sukar di bandar. Sekarang fikirkan pula mereka yang dahulunya kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tidur berlantaikan bumi dan beratapkan langit. Bagaimanakah kehidupan mereka kini?

Pastinya jika dulu mereka susah, apalagi sekarang. Seorang jurugambar telah mengambil beberapa set foto yang menunjukkan kehidupan masyarakat bandar yang tergolong dalam kelompok miskin tegar melampau di Malaysia. Mereka ini tidak mempunyai rumah dan terpaksa menjadi manusia jalanan. Mereka juga terdiri dari pelbagai peringkat umur termasuklah kanak-kanak dan warga emas.
Realiti kehidupan miskin tegar di bandar
Mereka tinggal di rumah usang bawah jambatan, dan kawasan lorong
Foto ini diambil di sekitar Kuala Lumpur. Kebanyakkan mereka ini tidak mempunyai dokumen rasmi. Jangan hairan, kebanyakkan mereka adalah penduduk tempatan Malaysia. 
Lampu elektrik pun tiada
Sedang mencari harta berharga dalam timbunan sampah 
Anda dah dapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), bagaimana pula nasib mereka ini? Nak apply BR1M pun tak dapat. Entah-entah mereka tak tahu pun mengenai kewujudan bantuan tersebut.
Mereka tiada akses untuk mendapatkan air bersih
Golongan seperti inilah yang sepatutnya dibantu oleh pihak berkuasa untuk meringankan beban mereka. BR1M memang banyak membantu rakyat Malaysia, tapi adakah ia benar-benar mengena sasaran yang tepat? 

Anda boleh baca laporan penuh mengenai kehidupan golongan miskin tegar melampau di Kuala Lumpur ini kat laman web Says

Sumber: Says

Lagi Info Menarik:

Kelab bola sepak paling teruk ini akhirnya menang kali pertama selepas 171 perlawanan

Mungkin inilah kelab bola sepak paling teruk di England..atau mungkin di dunia. Pasukan ini tidak pernah menang dalam 171 perlawanan yang mereka sertai sejak September 2007.
Barisan pemain Turnstall Town FC bergambar kenangan selepas kemenangan paling bermakna mereka
Dalam 171 perlawanan itu, 169 tewas manakala bakinya adalah seri. Namun mereka tidak pernah mengalah terus dan berusaha untuk bangkit. Akhirnya usaha mereka berhasil pada hari Sabtu lalu apabila mereka mencatatkan kemenangan pertama.

Kelab Turnstall Town FC berjaya menewaskan lawan mereka, Betley Reserves dengan keputusan 2-1. Kelab yang sedang bersaing dalam liga ketiga wilayah Staffordshire di England ini jelas teruja dengan kemenangan pertama mereka sejak enam tahun lalu.

Pengurus yang juga pemain kelab, George Day, 50, meluahkan rasa gembiranya selepas perlawanan itu. Jika mereka mahu beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris, maksudnya mereka kena melalui 12 kenaikan liga.

Sumber: Metro UK

Lagi Info Menarik:


Gagal setubuh mayat, lelaki ini kemudian tertidur dalam kubur

Memang ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki ini. Dia cuba mengadakan hubungan seks dengan mayat dalam kubur.
Seks dengan mayat? (Sekadar Gambar Hiasan)
Phnom Penh: Seorang lelaki yang cuba berasmara dengan mayat selepas menggali kuburnya ditahan apabila tertidur dalam keranda bersama mayat itu. Polis Kemboja semalam mengesahkan penahanan lelaki berusia 47 tahun itu yang dikenali sebagai Chin Chean. 
Dia ditahan apabila penduduk kampung melihat kakinya terjulur keluar dari kubur seorang remaja perempuan. Penduduk kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga remaja itu. Chin memberitahu polis, dia mula menggali kubur itu pada jam 10 malam, sehari selepas dia menghadiri acara pengebumian remaja perempuan berusia 17 tahun itu. 
Akhbar Cambodia Daily melaporkan Chin mengakui dia cuba berasmara dengan mayat remaja itu, tetapi disebabkan kerandanya terlalu kecil menyebabkan dia tidak dapat berbuat demikian. Dia kemudian tertidur di atas mayat remaja itu. “Penduduk melihat kakinya terjulur keluar dari kubur kira-kira jam 6 pagi sebelum memaklumkan kepada keluarga terbabit,” kata Keo Vutha, ketua polis kampung an Prey Poun, yang terletak 190 kilometer ke tenggara Phnom Penh. “Kami tidak pasti sama ada dia mengenali remaja itu ketika mangsa masih hidup,” katanya. - Agensi (Sumber: myMetro)
Orang yang suka atau mempunyai naluri untuk mengadakan hubungan seks dengan mayat juga dikenali sebagai necrophilia.

Lagi Info Menarik:

Isnin, 24 Februari 2014

Guru lantang menentang PBS sah ditukar ke sekolah lain, Menteri pula nafi beri arahan

Seorang guru yang juga merupakan ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari telah mengesahkan dirinya menerima surat arahan pertukaran.
Mohd Nor Izzat Mohd Johari (Foto: MalaysiaGazette)
SGMM sebelum ini adalah sebuah persatuan guru yang lantang menentang perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Ramai guru yang kurang berpuas hati dengan perlaksanaan PBS kerana ia sangat membebankan guru apa lagi kalau jumlah murid yang perlu dikey-in datanya secara online itu terlalu banyak. Ini ditambah pula dengan sistem yang kurang 'mesra pengguna'.

Sistem PBS sekolah online mula diperkenalkan bagi menambaikbaik sistem penilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap pencapaian pelajar terlalu berorentasikan peperiksaan. Sebenarnya, sistem PBS sekolah online dibangunkan bertujuan untuk menambahbaik Ujian Penacapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjelang 2014. Namun, perlaksanaannya masih lagi dalam peringkat perbincangan sehingga kini.
Surat arahan pertukaran guru  (Foto: Sinar Harian)
Ketika ditanya mengenai isu guru lantang menentang PBS yang ditukar ke sekolah lain ini, Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan penglibatannya dalam arahan pertukaran tersebut. Alasan yang diberikan kementerian adalah mengikut keperluan perkhidmatan.

Mohd Nor Izzat Mohd Johari pula berkata akan memberi surat rayuan kepada Jabatan Pendidikan Negeri secepat mungkin agar pihak atasan menarik balik arahan tersebut sambil mengatakannya sebagai alasan tidak logik.


Lagi Info Menarik:

Kandungan SMS berbaur ugutan dari Sharnaaz kepada Fauzi Nawawi


Sharnaaz Ahmad ni tak habis-habis dengan kontroversi. Ini dia kandungan SMS berbaur ugutan dari Sharnaaz kepada Fauzi Nawawi.
“Sekarang lu (kamu) cerita apa pun wa (aku) mau (mahu) beli. Big bos (orang besar) sudah roger (hubungi) gua (aku). Wa (aku) tak boleh kasi (biar) malu wa (aku) punya bos. Harap lu (kamu) faham. Ini kali kita kasi habis.” 
Itu antara SMS berbaur ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29, yang kini popular dengan drama 'Bukan Aku Tak Cinta'. 
Fauzi berkata, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35. 
Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu. 
Kata Fauzi, dia menerima SMS berbaur ugutan itu selepas bertanya kepada Sharnaaz kenapa menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran. 
"Saya hanya minta penjelasannya dan dia munkin tidak berpuas hati sebelum menghantar SMS seperti. Bagi saya perbuatan itu melampau, apatah dalam keadaan isteri saya mengandung", katanya yang turut memberitahu Sharnaaz juga menyumpah anak dalam kandungan isterinya. 
Berikutan insiden itu dia dan isterinya sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.. Sementara Nisdawati pula berkata, dia tidak tahu menahu punca diserang dan dimaki-hamun Sharnaaz. Dia jua berkata jika dia ada melakukan sebarang kesilapan, pelakon itu boleh datang dan berbincan secara elok dengannya, bukan dengan cara menamuk dan memaki hamun. - Harian Metro

Tatkala isu ini sendang menghangat di media, Sharnaaz pula enggan mengulas lanjut mengenai kandungan SMS berbaur ugutankepada Fauzi Nawawi ini.

Lagi Info Menarik:

Inikah yang dinamakan sebagai pencuri bodoh bahlul?

Mula-mula menipu...lama-lama mencuri..mereka memang pandai mencuri, tapi tiada akal untuk menyembunyikannya. Dan yang menambahkan kebodohan mereka ialah bila mereka bergambar bersama dengan barang yang dicuri kemudian mengongsikannya di Facebook. Tak ker bodoh tu?

Pencuri bodoh tu macam mereka ni lah..siap bergaya atas motor dan kereta yang dicuri. Lepas tu, upload kat Facebook sebab nak menunjuk-nunjuk.

Dua penjenayah bernama Jonathan Dougan, 26, dan Matthew Murphy, 23, ini adalah antara pencuri terbodoh di alaf siber. Mereka telah memuat naik sekitar 50 gambar ke Facebook dan tindakan mereka ini sememangnya telah memudahkan kerja polis selepas salah seorang mangsa yang ternampak keretanya membuat laporan polis.

Kedua-dua pencuri ini akhirnya dijatuhi hukuman penjara lebih 9 tahun setiap seorang atas kesalahan mencuri. Jadi nampaknya mereka ada banyak waktu untuk mengenangkan kebodohan mereka kelak.

Sumber: myMetro

Tu la pasal, kalau nak cari rezeki yang berkat, carilah dengan cara yang halal.

Lagi Info Menarik:


Ahad, 23 Februari 2014

Lebih 100,000 belum menerima BR1M di akaun bank mereka kerana masalah teknikal

Bantuan Rakyat 1Malaysia sudah mula diagihkan kelmarin (22 Februari). Jadi tidak hairanlah kenapa hampir semua ATM di seluruh negara mengalami kesesakan yang teruk gara-gara nak keluarkan duit BR1M.

Tapi bukan semua  bantuan itu berjaya dikreditkan terus ke akaun bank penerima BR1M kelmarin. Masih terdapat lebih 100 ribu pemohon yang layak belum lagi  menerimanya di akaun bank mereka. Kenapa duit BR1M belum masuk akaun bank?

Menurut Menteri Kewangan Kedua, 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.

"Hari Isnin (esok) akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu). Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M itu akaunnya di bank tersebut," katanya. - Sinar Harian

Jadi kalau anda adalah salah seorang penerima BR1M yang masih belum dapat bantuan tersebut di akaun bank anda, banyak-banyak lah bersabar yer. Kalau nak semak status permohonan BR1M secara online dan hotline, boleh follow step berikut:

Talian Hotline BR1M 3.0
Status kelayakan  BR1M 2014 hanya boleh disemak dengan menghubungi talian BR1M : 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang, ISNIN HINGGA JUMAAT Mulai FEBRUARI 2014.

Emel BR1M 3.0
Status kelayakan BR1M 3.0 juga boleh disemak menerusi emel ke br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my Mulai FEBRUARI 2014.
Sila nyatakan Nama penuh dan Nombor Kad Pengenalan anda dalam pertanyaan ke alamat emel tersebut.
Setiap pertanyaan menerusi emel akan dibalas dalam masa 2-3 hari bekerja.

P/s: Adakah bank yang 'bermasalah' tersebut ialah CIMB? hmmm...dulu saya guna akaun CIMB dan sampai sekarang belum dapat lagi duit BR1M tu...tak kisahlah lambat atau cepat...janji dapat..hehe..dan kepada anda yang sudah mendapat duit BR1M, tiba masanya untuk anda puji Najib and the geng.. ~ just kidding

Nora Danish mahu kahwin tanpa hantaran dan adakan resepsi di Bali

Aktres Nora Danish tidak mementingkan soal barang hantaran untuk hari perkahwinannya. Sebaliknya dia mahu melaksanakan yang wajib sahaja iaitu cukup dengan acara akad nikad. Kemudian dia berhasrat mengadakan sebuah majlis secara sederhana untuk meraikan hari bahagianya itu di sebuah pulau di luar negara.
Nora Danish
"Memandangkan saya pernah berkahwin sebelum ini, jadi bagi saya tak perlu lagi dah nak barang-barang hantaran. Kalau ditakdirkan saya berkahwin lagi satu hari nanti, sebolehnya saya nak buat yang wajib sahaja iaitu cukup dengan majlis akad nikah di Kuala Lumpur. Kemudian saya nak adakan majlis secara kecilan di pulau, kemungkinan di Bali.

"Lagipun saya memang dah lama teringin nak buat majlis ala 'beach wedding'. Saya suka berkunjung ke Bali malah ia dah seperti rumah kedua saya. Saya sukakan tempat-tempatnya dan makanan di sana sedap-sedap", kata Nora Danish kepada Malaysia Digest ketika ditemui pada majlis Doa Selamat sempena penggambaran filem terbaru terbitan MIG, 'Hantu Bungkus Ikat Tepi', bertempat di Wisma Metrowealth, Petaling Jaya, semalam.

Empunya nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 31, ini berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip di sebuah akhbar tempatan baru-baru ini yang menyebut, dia kononnya sudah membeli barang-barang hantaran. Sekaligus membuat persiapan sedikit demi sedikit untuk mengahwini teman lelakinya, Nedim Nazri, dalam tahun ini.

Menafikan hal tersebut, Nora berkata dia tidak membuat sebarang persiapan untuk perkahwinan termasuklah membeli barang-barang hantaran seperti yang didakwa.

"Saya tak pernah beli barang-barang hantaran. Saya tak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul sebab saya memang tak ada langsung membuat persiapan.

"Malah kami tak pernah berbincang soal kahwin. Apa yang penting, kami fokus pada kerjaya dan anak masing-masing. Itu yang buat kami selesa antara satu sama lain. Kami sebenarnya lebih suka bergelar kawan biasa. Memang lah kahwin ni satu perkara yang baik. Tapi Allah belum tetapkan lagi jodoh kami. Harap semua orang dapat mendoakan yang terbaik untuk saya", tuturnya.

Perkembangan lain, Nora bakal sibuk di lokasi penggambaran filem komedi seram berjudul 'Hantu Bonceng Ikat Tepi'. Filem arahan Hashim Rejab itu akan memulakan penggambaran di sekitar lembah Klang pada 23 Februari ini.

Selain Nora antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan filem ini seperti kumpulan Jambu iaitu Taukeh dan Yus, Abam (Bocey), Farid Kamil, Kartina Aziz, Zalif Sidek, Atikah Suhaime, Ruminah Sidek, Niezam Zaidi dan ramai lagi. - mD

Lagi Info Menarik:

Sabtu, 22 Februari 2014

Detik cemas apabila bayi lima bulan berhenti bernafas ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan mula berhenti bernafas dan ianya berlaku ketika bayi itu bersama dengan ibu saudaranya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. 
Pamela bertungkus lumus memberi bantuan pernafasan kepada Sebastian yang tiba-tiba berhenti bernafas
Tanpa berfikir panjang, ibu saudaranya itu terus membawanya ke tepi jalan sambil meminta pertolongan. Bayi kecil bernama Sebastian de la Cruz ini secara tiba-tiba berhenti menangis dan mukanya mula bertukar warna menjadi kebiruan. Dalam keadaan panik, ibu saudaranya, Pamela Rauseo, 37, terus membuat bantuan pernafasan CPR.
Pamela memberi bantuan CPR kepada Sebastian
Seorang pegawai sedang mendukung Sebastian
"Saya panik ketika melihat mukanya bertukar menjadi kebiruan. Saya tidak tahu apa yang perlu saya buat. Saya hanya tidak mahu dia mati. Saya telah dipercayakan untuk menjaganya," kata Pamela.
Semakin banyak yang datang membantu Pamela
Sebastian dibawa ke hospital
Insiden ini berjaya dirakam oleh seorang jurugambar bernama Al Diaz yang secara kebetulan berada di tempat kejadian dan mendengar jeritan Pamela yang meminta pertolongan. Beberapa minit kemudian, bantuan dari Miami Fire Service pun tiba dan menghantar Sebatian ke hospital. Menurut laporan, bayi tersebut didapati mengalami masalah pernafasan ketika dilahirkan namun keadaannya sekarang adalah stabil.

Sumber: Mirror UK

That's why, kita perlu belajar asas-asas pertolongan cemas seperti CPR ini. 

Lagi Info Menarik:


Hampir 6 juta rakyat akan menerima BR1M hari ini 22 Februari

Hari ini bersamaan 22 Februari, rakyat Malaysia yang layak akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia secara serentak di seluruh negara. Pemberian BR1M pada tahun ini melibatkan kos bernilai kira-kira RM3 bilion.
Menurut laporan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan majlis pelancaran penyerahan BR1M 2014 peringkat kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki hari ini.

Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 manakala individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan juga dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

P/s: Ada yang dah dapat BR1M lebih awal sejak malam semalam..Bila dah dapat BR1M 2014 tu, pergunakanlah dengan bijaksana...mungkin boleh buat modal bisnes kalau yang nak berbisnes...ataupun bikin beli beras dan gula untuk bekalan setahun..bak kata si Najib dulu. Ada pula kawan sorang ni, katanya BR1M tu untuk bayar saman..  :(

Lagi Info Menarik: